in ,

Wah, Ini Berita Baik! PKP Fasa Ketiga Boleh Tamatkan COVID-19

Hari ini (14 April) merupakan hari terakhir sepatutnya negara kita menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi fasa kedua.

Namun ianya telah dilanjutkan bermula esok (15 April) sehingga 28 April depan menerusi pelaksanaan fasa ketiga PKP. Jika fasa ketiga ini yang juga disifatkan sebagai tempoh penting dan dipatuhi sepenuhnya oleh rakyat — adalah tidak mustahil kita bakal berupaya menamatkan penularan wabak COVID-19 di Malaysia.

Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sambil menjelaskan keyakinan tersebut adalah bersandarkan kepada perkembangan statistik semasa penularan wabak terbabit.

Sehubungan itu, katanya, kesinambungan kawalan yang menyaksikan kejayaan hingga kes COVID-19 berupaya dikurangkan menerusi PKP fasa pertama dan kedua harus diteruskan pada fasa ketiga.

covid 19 pkp

“JP Morgan sebelum ini jangkakan kita bakal berdepan peningkatan kes mendadak sebanyak 6,300 kes esok, tetapi setakat jam 12 tengah hari tadi, Malaysia hanya mencatat 4,817 kes.

“Esok saya jangkakan jumlah keseluruhan positif COVID-19 adalah kurang daripada 5,000 kes dan ia hasil keberkesanan daripada PKP fasa pertama dan kedua.

“Setakat minggu ke-13, Malaysia masih dalam fasa pemulihan daripada penularan wabak COVID-19, tetapi kita akan terus pantau sebab kes belum berkurangan lagi,”

– Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Justeru, kerjasama semua pihak amat diperlukan dalam usaha untuk meratakan lagi lengkung kes, bukan hanya oleh Kementerian Kesihatan.

covid 19 pkp

“Jika kita boleh lakukannya, ada kemungkinan kita akan terus mengurangkan kes, bukan hanya meratakan lengkung tapi mungkin menamatkan COVID-19 di negara ini,”

– Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Hingga semalam (13 April), hampir separuh daripada 4,817 kes positif COVID-19 yang dilaporkan di negara ini sudah pulih sepenuhnya.

Sebanyak 2,276 kes atau 47.23 peratus dibenarkan discaj daripada hospital, dengan terbaru 168 kes.

Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Batal Jelajah Dunia, BTS Siar Konsert Percuma di YouTube

Ramai Tertipu, Ingat Ke Janna Nick Betul-Betul Kena Pukul