in , ,

Barulah Seronok Main Game dengan Galaxy A22 5G, Ada Paparan Skrin Infinity-V

Anda seorang ‘gamer’ dan sedang mencari telefon pintar harga mampu milik dengan prestasi hebat? Telefon pintar terbaharu Samsung, Galaxy A22 5G pasti dapat memenuhi cita rasa anda yang mementingkan prestasi untuk kepuasan bermain game tetapi tidak membebankan poket anda.

Pada harga mampu milik RM999, Galaxy A22 5G dilengkapi spesikifasi menarik dan dapat memberikan anda kepuasan untuk menikmati game yang dinamik kerana ia mempunyai paparan skrin Infinity-V dengan kadar segar semula 90Hz yang akan menjadikan permainan anda lancar tanpa gangguan.

Pergerakan imej yang pantas pada skrin sudah tentu penting dalam permainanagar anda boleh bertindak balas dengan lebih cepat semasa bermain game. Saiz ukuran skrinnya sebesar 6.6-inci ditambah dengan teknologi Full HD+ menjadikan kandungan yang dipaparkan lebih tajam dan jelas, memberikan anda pengalaman bermain gameyang memuaskan dan mengasyikkan. 

Anda juga tidak perlu risau untuk memuat turun lebih banyak game mudah alih kerana Galaxy A22 5G mempunyai storan dalaman sebanyak 128GB. Jika ia tidak mencukupi, anda boleh menambah ruang storan sehingga 1TB dengan kad MikroSD[1].

Jadi anda juga boleh menyimpan lebih banyak gambar, video dan aplikasi kegemaran anda. Memori akses rawak (RAM) 8GB yang ada pada Galaxy A22 5G juga membolehkan ia berfungsi untuk melakukan pelbagai tugasan pada satu-satu masa. Anda boleh membuka pelbagai aplikasi lain dan game anda secara serentak tanpa gangguan. 

Baru Best Main Game dengan Galaxy A22 5G, Ada Paparan Skrin Infinity-V

Dengan keupayaannya yang menyokong rangkaian 5G apabila teknologi generasi kelima itu dilaksanakan di Malaysia nanti, anda boleh bermain game mudah alih di pelbagai platform dengan kelajuan lebih pantas dan tanpa lengahan. Anda juga kini boleh menikmati tontonan penstriman video yang pantas dalam masa nyata walaupun semasa penggunaan data yang berat.

Galaxy A22 5G dibekalkan bateri dengan kapasiti 5,000mAh[2] yang membolehkan hayat bateri lebih tahan lama dan anda boleh bermain game seharian. Ia juga menyokong Pengecasan Pantas 15W yang membantu anda untuk mengecas bateri dengan cepat selain dapat menjimatkan masa anda terutama jika anda ada game penting pada waktu itu. 

Dengan spesifikasi dan prestasi hebat dalam kelasnya yang tersendiri, Galaxy A22 5G boleh membantu meningkatkan prestasi gaming anda dan dapat memberikan anda pengalaman permainan yang mantap! Dapatkan Galaxy A22 5G sekarang untuk mendapatkan sarung pelindung Soft Clear bernilai RM39 secara percuma[3] untuk pembelian sehingga 31 Ogos 2021.

Untuk maklumat lanjut mengenai Galaxy A22 5G, sila layari:https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a22-5g-violet-128gb-sm-a226blvjxme


[1] Kad MikroSD dijual berasingan.

[2] Nilai tipikal diuji dalam keadaan makmal pihak ketiga. Kapasiti (minimum) yang dinilai kurang. Hayat bateri sebenar mungkin berbeza bergantung kepada persekitaran rangkaian, corak pengunaan dan faktor lain.

[3] Sementara stok masih ada. Tertakluk pada Terma dan Syarat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Boleh Trade-In, Tukar Telefon Lama Samsung Untuk Mendapatkan Telefon Baharu

Nubhan Ahmad Positif Covid-19, Kuarantin di Hotel Bimbang Isteri Hamil 6 Bulan