in , ,

Boleh Trade-In, Tukar Telefon Lama Samsung Untuk Mendapatkan Telefon Baharu

Pastinya ada dikalangan anda mahu membeli telefon bimbit atau peranti terbaru dari Samsung tetapi masih belum cukup duit. Nah! Sekarang ini korang jangan risau. Ada caranya untuk trade-in telefon lama korang tu untuk mendapatkan telefon bimbit terkini yang diidamkan!

Kalau anda nak tahu, Samsung boleh membantu anda untuk mendapatkan telefon pintar Samsung Galaxy terkini dengan harga terendah tau!

Dengan program Tukar Beli oleh Samsung, mereka bukan sahaja dapat membantu dari soal kewangan, tetapi anda juga sedikit sebanyak dapat memelihata alam sekitar.

Kini anda bukan sahaja dapat menukar atau menjual satu peranti untuk menerima diskaun, malah lebih, iaitu sehingga (5) lima peranti untuk menerima potongan harga yang lebih baik dari pembelian baru anda.

Samsung Trade In

Cukup bawa peranti lama anda (telefon pintar, tablet dan jam pintar) ke outlet yang mengambil bahagian, pilih telefon pintar Samsung baru yang anda mahukan.

Kemudiam Samsung akan bersedia untuk menilai peranti lama anda untuk pertukaran. Jadi anda hanya membayar nilai peranti terbaru setelah diskaun ditolak dari peranti lama.

Samsung Trade In

Oleh itu, jangan buang telefon pintar, tablet dan jam pintar lama anda kerana semua itu ada nilainya.

Anda boleh mendapatkan diskaun sehingga RM4,680 sekaligus mengurangi buangan yang boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar. Apa-apa jom lihat apa syarat-syaratnya.

Samsung Trade In

Apa Syaratnya?

Mestilah terdiri daripada telefon pintar, tablet dan / atau jam pintar lama, dan ia harus memenuhi syarat berikut

  1. Anda mestilah pemilik sah peranti pertukaran.
  2. Peranti pertukaran anda tidak boleh terikat dengan kontrak sedia ada dengan mana-mana Telco.
  3. Untuk peranti telefon pintar, telefon bimbit dan tidak boleh IMEI disekat, dilaporkan sebagai dicuri atau palsu.
  4. Peranti mesti dibuka dari akaun iCloud dan Google.
Samsung Trade In

Menarik bukan? Untuk mengetahui bagaimana anda dapat memanfaatkan peranti lama anda dengan program Tukar Beli, klik: www.samsung.com

Samsung Trade In

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TM & Astro Berkolaborasi Menyediakan Pengalaman Digital Berkualiti Tinggi

Barulah Seronok Main Game dengan Galaxy A22 5G, Ada Paparan Skrin Infinity-V