in ,

SEDIHSEDIH

Maya Ruslee Derita Kanser Sarcoma, Meninggal dalam Perjalanan Ke Hospital

Penyanyi, Maya Matahari, 43, meninggal dunia dalam perjalanan ke sebuah hospital swasta di Sungai Buloh, kira-kira jam 4 petang tadi.

Maya atau nama sebenarnya, Myanaliza Ruslee menghidap penyakit kanser sarcoma tahap empat yang dideritai sejak beberapa tahun lalu. Rakan baiknya, Nurzana Malik mengesahkan penyanyi lagu Matahari itu menghembuskan nafas terakhir di sisi ibunya, dalam ambulans.

Mya Matahari

“Arwah sesak nafas selepas makan tengah hari. Jururawat peribadi yang menjaganya menghubungi ambulans dan menghembuskan nafas terakhir dalam perjalanan ke hospital.

“Saya mendapat berita arwah sesak nafas dan terus ke hospital. Bagaimanapun, saya diberitahu arwah meninggal dunia dalam perjalanan, tidak lama kemudian.

“Arwah sudah lama menderita penyakit kanser sarcoma. Keadaan kesihatannya semakin merosot selepas menyertai program realiti, Gegar Vaganza (GV) musim kelima pada 2018,”

– Nurzana

Nurzana berkata, arwah baru pulang mendapatkan rawatan di sebuah hospital di China, bulan lalu.

“Sebelum mendapatkan rawatan di China, keadaan kesihatan terjejas teruk dan pergerakannya terbatas.

“Disebabkan itu, arwah banyak menyepikan diri. Dia enggan mendedahkan penyakit kerana tidak mahu netizen menganggapnya menagih simpati dan cuba meraih populariti.

“Arwah tahu dia akan mendapat perhatian jika rahsia penyakitnya didedahkan,”

– Nurzana

Nurzana berkata, arwah sudah bersedia mendedahkan penyakitnya, baru-baru ini, tetapi tidak sempat.

“Arwah sudah bersedia, cuma mahu menunggu kesihatannya sedikit stabil. Bagaimanapun, Allah lebih menyayanginya, dia tak sempat beritahu,”

– Nurzana
Mya Matahari

Nurzana, antara insan yang sering bersama penyanyi kelahiran Johor Bahru itu ketika sakit memberitahu, kesihatan arwah semakin pulih selepas mendapat rawatan di China.

“Arwah semakin okay. Saya bertemu dan menjaganya, empat hari lalu. Saya menyediakan makanan dan berbual panjang, cuma arwah kelihatan kurang ceria.

“Keadaan kesihatannya lebih baik berbanding sebelum ini. Bagaimanapun, dia kerap muntah akibat kesan ubat.

“Tak sangka, arwah tiba-tiba sesak nafas dan menghembuskan nafas terakhir secepat ini,”

– Nurzana

Nurzana berkata, ibunya menjaga arwah selepas pulang menjalani rawatan di China.

“Saya dan anggota keluarga Maya masih menunggu kakak dan abang arwah dari Johor Baharu yang dalam perjalanan ke hospital.

“Keluarga arwah belum memutuskan lokasi untuk mengebumikan arwah,”

– Nurzana
Sumber: Berita Harian
Mya Matahari
Mya Matahari

What do you think?

62 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Tom Hanks & Rita Wilson Keluar Hospital, Ini Nasihat Mereka Kepada Orang Ramai

Salam Takziah, Bapa Zahid AF2 Meninggal Dunia