in ,

Bapa Syafiq Kyle Jatuh Pengsan di Majlis Ramah Mesra Bersama Peminat

Keadaan agak kecoh apabila bapa kepada selebriti terkenal Syafiq Kyle jatuh pengsan. Semoga bapa kepada pelakon Syafiq Kyle kembali sihat.

Berita yang dipetik dari Berita Harian melaporkan bapa kepada pelakon Syafiq Kyle, Abdul Razak Husin, 55, dikejarkan ke hospital apabila rebah ketika menghadiri majlis ramah mesra bersama peminat di sebuah pusat karaoke, di Subang Jaya malam tadi, tanggal 19 September 2018.

Bapa Syafiq Kyle Jatuh PengsanSumber Foto: Berita Harian

Bapa Rebah di Majlis Ramah Mesra Syafiq Kyle

Kejadian yang berlaku sekitar 9 malam itu mengejutkan tetamu yang hadir kerana bapanya, sebelum itu sempat menyanyikan sebuah lagu.

Turut berada di tempat kejadian, ibu Syafiq, Rohaya Sulaiman, 55, dan ahli keluarganya. Syafiq yang tiba beberapa minit selepas kejadian turut terkejut menerima berita itu.

Pengurus Syafiq, Shawn Amer memaklumkan, bapa pelakon Langsuir itu difahamkan mempunyai sejarah penyakit darah tinggi.

“Saya difahamkan ahli keluarga Syafiq, bapanya memang ada penyakit darah tinggi. Syafiq yang membawa bapanya ke hospital.

“Saya harap keadaan bapanya kembali stabil dan tiada apa yang buruk berlaku,” – Pengurus Syafiq

Semoga bapa Syafiq Kyle kembali sihat. Sama-sama kita doakan. Amin.

Sumber: Berita Harian

Bapa Syafiq Kyle Jatuh Pengsan

Sumber Foto: Berita Harian

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Cabaran Polis Wanita Dalam Filem EYE IN THE SKY

Bapa Syafiq Kyle Alami Pendarahan Otak