Bapa Syafiq Kyle Alami Pendarahan Otak

Insiden yang berlaku pada majlis ramah mesra Syafiq bersama peminat yang diadakan sebuah pusat karaoke di sini, malam tadi, mengejutkan tetamu. Ini kerana sebelum rebah, bapa aktor berkenaan sempat menyanyikan sebuah lagu.

Menurut laporan daripada Berita Harian, susulan daripada kejadian bapa kepada selebriti terkenal Syafiq Kyle yang rebah jatuh pengsan semalam, doktor telah mengesan bapa Syafiq Kyle mempunyai masalah pendarahan pada bahagian otak.

Syafiq Kyle Sumber Foto: Berita Harian

Menurut Syafiq, bapanya, Abdul Razak Husin, 55, yang mempunyai sejarah penyakit darah tinggi, masih tidak sedarkan diri serta berada di bawah pengawasan doktor.

“Menurut doktor, ada berlaku pendarahan pada bahagian otak dan perlu rawatan segera. Bagaimanapun, doktor beritahu kaedah rawatan yang diberi tidak membabitkan pembedahan

“Ada potensi untuk bahagian pendarahan itu mengecut tanpa perlu dibedah. Buat masa ini, ayah dirawat di pusat perubatan ini kerana doktor mahu memantau keadaannya dari masa ke semasa,” – Syafiq

Reda dengan apa yang berlaku, pelakon filem Langsuir ini mengharapkan peminat dapat mendoakan kesihatan bapanya akan segera pulih seperti sediakala.

“Dengan keadaan kesihatannya yang tidak menentu dan ada sejarah penyakit darah tinggi, saya memang sudah bersedia dan reda dengan apa yang berlaku.

“Harapan saya akan ada perkembangan yang positif dan saya mohon doa daripada peminat supaya ayah akan segera sembuh,” – Syafiq

Insiden yang berlaku pada majlis ramah mesra Syafiq bersama peminat yang diadakan sebuah pusat karaoke di sini, malam tadi, mengejutkan tetamu. Ini kerana sebelum rebah, bapa aktor berkenaan sempat menyanyikan sebuah lagu.

Syafiq yang tiba beberapa minit selepas kejadian, membawa bapanya ke pusat perubatan di sini, untuk mendapatkan rawatan.

Turut berada di tempat kejadian adalah ibu Syafiq, Rohaya Sulaiman, 55, dan ahli keluarga lain.

Sama-sama kita doakan bapa Syafiq kembali sihat dan dapat menikmati kehidupan seperti biasa. Amin.

Sumber: Berita Harian

Bapa Syafiq Kyle Jatuh Pengsan Sumber Foto: Berita Harian

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Bapa Syafiq Kyle Jatuh Pengsan di Majlis Ramah Mesra Bersama Peminat

Senarai Penuh Peserta GEGAR VAGANZA 2018 Musim Ke-5