in ,

Cabaran Polis Wanita Dalam Filem EYE IN THE SKY

Pastinya tugas dan cabaran pasukan keselamatan negara untuk mengekalkan keharmonian serta menjaga keamanan negara semakin kompleks dan jauh berbeza berbanding dahulu. Peranan anggota keselamatan lelaki dan wanita juga seiring dalam menggalas tanggungjawab memastikan keamanan negara terus terpelihara.

Menonjolkan sisi ‘kuasa’ dan cabaran kepada polis wanita dalam menjalankan tugas dan misi membanteras penjenayah, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan filem “Eye In The Sky” pada 20 September Ini, pukul 9.30 malam menerusi saluran TV2.

poster Eye In The Sky

Cabaran Polis Wanita Dalam Filem EYE IN THE SKY Di TV2 

Menampilkan gandingan mantap pelakon berpengalaman, seperti Simon Yam, Maggie Shiu, Tony Leung Ka Fai, Kate Tsui dan Cheung Siu Fai, filem arahan Yau Nai-hoi ini menonjolkan plot penceritaan sekumpulan watak utama bermula dengan memperkenalkan watak Wang Man Chin merupakan ketua unit pasukan pengawasan. Salah seorang anggota baru beliau ialah seorang wanita yang dipanggil ‘Chu Loi’ oleh rakan-rakannya dalam pasukan polis itu. 

Unit mereka diarah menjalankan satu operasi pengintipan terhadap sekumpulan perompak yang giat merompak kedai-kedai barang emas secara terancang. Ketua perompak yang merancang semua perompakan itu ialah Chan Chong Shan. 

Wang Man Chin dan ‘Chu Loi’ memulakan penyiasatan ke atas seorang ahli perompak yang bernama ‘Fatman’ yang telah dikenal pasti melalui TV litar tutup di sebuah kedai. Penyiasatan mereka yang berlanjutan secara mendalam telah mendedahkan identiti ketua dan ahli-ahli kumpulan perompak. 

MCDEYIN EC003

Semasa Chan Chong Shan dan ahli-ahli kumpulannya melakukan satu lagi rompakan, mereka dikepung oleh polis tetapi mereka masih berjaya melarikan diri. Akhirnya, ‘Chu Loi’ dengan bimbingan ketuanya, Wang Man Chin berjaya menjejaki kesan kumpulan perompak ini dan cuba menumpaskan kumpulan penjahat termasuk ketuanya, Chan Chong Shan.

Begitupun adakah cubaannya berjaya? Ikuti kesudahannya dalam filem ini.

babak dalam Eye In The Sky

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Just In: iflix News

Bapa Syafiq Kyle Jatuh Pengsan di Majlis Ramah Mesra Bersama Peminat