in , ,

Bapa Nynaa Harizal Mengaku Tidak Bersalah Lakukan Ugutan Guna Pistol Ketika Dikatakan ‘Menculik’ Anaknya

Bapa kepada pelakon Nynaa Harizal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam atas kesalahan mengugut dengan mengeluarkan sepucuk pistol terhadap seorang lelaki pada 2 November lalu.

Menerusi laporan Utusan Malaysia, tertuduh iaitu Harizal Hashim, 49, yang juga seorang bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpangkat Mejar membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali.

Berdasarkan pertuduhan, Harizal telah didakwa mengugut Mohamad Nur Usry Mohd. Yusoff, 25, dengan mengeluarkan sepucuk pistol jenis CZP-07.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tepi jalan U13/25J, Jalan Setia Perdana, Alam Nusantara, Setia Alam pada pukul 1.40 pagi pada 2 November lalu.

Bapa Nynaa Harizal Mengaku Tidak Bersalah Lakukan Ugutan Guna Pistol Ketika Dikatakan ‘Menculik’ Anaknya

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya, Elyza Amira Habeeb Rahman menawarkan jaminan RM5,000.

Namun begitu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah mempertimbangkan khidmat cemerlang selama 25 tahun berkhidmat dengan TUDM bagi mengurangkan jumlah ikat jamin.

Tertuduh turut memohon tempoh untuk perbicaraan akan datang memandangkan buat masa ini dia sedang mengupah peguam bagi menguruskan proses perceraian anak perempuannya secara baik.

Mahkamah menetapkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Disember untuk sebutan.

Sebelum ini, suami Nynaa Harizal iaitu Mohamed Fahmi llyas telah membuat satu laporan polis setelah mendakwa isterinya telah ‘diculik’ oleh keluarga mentuanya di sebuah lokasi penggambaran.

Dalam laporan berkenaan juga, Fahmi menyatakan pemandunya itu telah diugut oleh bapa mentuanya itu dengan menggunakan senjata api.

Sumber: Utusan Malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Durian Capital Berhad Melancarkan Skim Pelaburan Durian Berlesen

Suami Nynaa Harizal Fail Permohonan Supaya Isteri Kembali Taat