in , ,

Suami Nynaa Harizal Fail Permohonan Supaya Isteri Kembali Taat

Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai kemelut rumah tangga pelakon Nynaa Harizal dan suaminya, Fahmi Ilyas yang masih belum menemui jalan penyelesaian.

Sedia memaafkan isterinya dan bersedia menerima kepulangan Nynaa, Fahmi hari ini telah pun memfailkan permohonan supaya isterinya kembali taat di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

“Saya sentiasa ada untuk awak (Nynaa). Awak boleh hubungi saya bila-bila masa. Saya harap kita dapat berjumpa dalam masa terdekat. ‘I love you sayang’. Saya sedia maafkan awak,”

– Fahmi

Fahmi berkata lagi, dia cuba menghubungi isterinya menerusi WhatsApp tetapi hanya sekali dibalas isterinya yang mahu menghabiskan masa dengan keluarganya selain meminta menghormati keputusannya.

Mahkamah menetapkan 1 Disember untuk sebutan semula kes. Menerusi permohonan yang dibuat, Fahmi meminta isterinya kembali taat dan pulang ke kediaman mereka di Jalan Pinang, Kuala Lumpur.

Fahmi juga mahu menyelamatkan pernikahan mereka supaya Nynaa kembali menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan hidup dalam kasih sayang.

Terdahulu, bapa Nyna, Harizal Hashim yang juga seorang bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpangkat Mejar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini atas kesalahan mengugut dengan menggunakan pistol ke atas seorang lelaki, minggu lalu.

Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bapa Nynaa Harizal Mengaku Tidak Bersalah Lakukan Ugutan Guna Pistol Ketika Dikatakan ‘Menculik’ Anaknya

Lakonan Mat Dan Dalam Telemovie “Busker Bercinta”