in , ,

Bapa Pelakon Nynaa Harizal Buat Ugutan Jenayah Senjata Api

Kisah perkahwinan direstui keluarga pada mulanya, kini kucar-kacir akibat masalah kewangan.

Namun, apa yang ingin dikongsikan di sini adalah kisah realiti melibatkan pelakon sedang meningkat naik, Nynaa Harizal.

Nynaa Harizal yang baru sahaja mendirikan rumah tangga beberapa bulan lalu atas dasar cinta, hidup bahagia dengan suaminya yang merupakan seorang ahli perniagaan.

Disangka panas sampai ke petang, kiranya hujan tengah hari. Difahamkan, bapa artis wanita itu yang merupakan seorang pesara tentera kini tidak merestui perkahwinan mereka disebabkan faktor kewangan.

Lebih parah, pada malam 1 November lalu, Mejar (B) Harizal Hashim telah ‘menculik’ anaknya ketika dia berada di set penggambaran satu drama di Shah Alam, Selangor.

Si bapa yang berlagak seolah-olah seorang gangster bertindak mengacukan sepucuk pistol ke arah perut pengawal peribadi Nynaa Harizal sambil memberi amaran akan melepaskan tembakan jika dia dihalang mengambil anaknya.

Perbuatan itu adalah salah dari segi undang-undang dan boleh disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 8 Akta Senjata Api.

Turut serta bersama si bapa datang ke set penggambaran itu ialah isteri dan anak perempuannya. Si ibu, masuk ke set penggambaran lalu menarik Nynaa Harizal masuk ke kereta sebelum membawanya pergi.

Justeru, suami Nynaa Harizal telah membuat laporan polis berhubung kejadian dan meminta pihak polis menyelamatkan isterinya yang dilarikan secara paksa.

Berita 757, Bapa Pelakon Nyna Harizal Buat Ugutan Jenayah Senjata Api

Beliau turut mendakwa, itu adalah perbuatan jenayah yang bermotif untuk memeras ugut mereka suami isteri bagi mendapatkan wang.

#RakyatKeutamaanKami

#Berita757

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kes Kematian Zulfarhan, Enam Tertuduh Utama Terlepas Hukuman Gantung

“Semuanya Temberang, Plot Twist Kalah Cerita Tamil,” Vida Naik Angin MV Hujan Iqbal