in , ,

HUAWEI nova 8 Dilancar di Malaysia dengan Harga RM1,899

HUAWEI Malaysia secara rasmi telah melancarkan sebuah telefon pintar baharu iaitu HUAWEI nova 8. Telefon ini tersedia dalam satu warna iaitu Blush Gold yang berharga RM1,899.

Huawei Malaysia telah mengumumkan harga rasmi Huawei Nova 8 untuk pasaran tempatan. Bagi yang berminat, ia dijual pada RM1,899! Haa berpatutan!

Pelbagai hadiah percuma yang menarik ditawarkan kepada pembeli seperti pakej hiburan, baucar dan akses Huawei Cloud 200GB selama sebulan. 

HUAWEI nova 8 Dilancar di Malaysia dengan Harga RM1,899

HUAWEI nova 8 dilengkapi dengan cipset Kirin 820E, RAM 8GB, panel skrin melengkung 6.57 inci OLED dengan skrin kadar segar semula 90Hz dan pensampelan sentuhan 240Hz. Seterusnya, ia hadir dengan paparan antara muka EMUI 12, storan dalaman 128GB serta kapasiti bateri 3,800mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W.

Bahagian belakangnya terdapat tiga kamera iaitu sensor 64MP (utama) + 8MP (ultra-lebar) + 2MP (kedalaman) + 2MP (makro). Manakala kamera swafotonya pula mempunyai sensor 32MP yang terletak di lubang (punch hole) bahagian tengah atas.

HUAWEI nova 8 Dilancar di Malaysia dengan Harga RM1,899

Lain-lain spesifikasi termasuklah – sistem Huawei Mobile Services, speaker mono, pengimbas cap jari bawah skrin, bluetooth 5.0, port sambungan USB-C dan banyak lagi.

Selain itu, HUAWEI nova 8 menggunakan teknologi penyejukan 3D Graphene yang mengurangkan kepanasan ketika bermain game dan menstabilkan prestasi telefon. Ia juga mempunyai pembesar suara mono dan HUAWEI Mobile Service.

Bagi yang berminat, anda boleh membeli di HUAWEI Store Online.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bangkitkan Semangat Patriotik Anda di Hari Merdeka & Hari Malaysia Ini Bersama MPO!

RTM Penuhi Program Khas Edisi Hari Kebangsaan Ke-64