in ,

Ezad Lazim Sedih Tak Dapat Solat Jumaat Di Masjid

Tampil meluahkan rasa kesal dan kecewa, penyanyi dan pelakon Ezad Lazim berkata dia masih belum berkesempatan untuk menunaikan ibadah solat jumaat meskipun hadir awal ke masjid, semalam.

Perkara tersebut diluahkan Ezad menerusi sebuah hantaran Instagram miliknya baru-baru ini.

Kata Ezad, dia hadir awal berbanding minggu lepas namun pintu pagar masjid telah pun ditutup dan para jemaah lain yang turut sama hadir tidak dapat menunaikan ibadah wajib itu.

Salam jumaat..minggu ni datang lagi awal dari minggu lepas..sampai sampai lagi awal pintu pagar dah tutup. Ada yang bagi cadangan suruh minggu depan kena datang dari subuh..dhuha..terus duduk dalam masjid jangan keluar. Semoga dipermudahkan kesulitan kita bersama.

Ezad Lazim Sedih Tak Dapat Solat Jumaat Di Masjid

Dalam hantaran itu, penyanyi lagu Jesnita ini memuat naik sekeping foto memaparkan pagar pintu masjid yang telah ditutup dipercayai berlokasi di Masjid Sultan Abdul Samad, Sepang, Kuala Lumpur.

Terdahulu, kerajaan telah memberi kelonggaran kepada umat Islam untuk menunaikan ibadah secara berjemaah di masjid atau surau sepanjang Program Pemulihan Negara Fasa 1 dengan SOP yang telah ditetapkan.

Kapasiti untuk sesebuah rumah ibadah adalah tertakluk kepada ketetapan pihak berkuasa agama negeri masing-masing.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Elisya Sandha | 23

Bangkitkan Semangat Hari Malaysia dengan Menonton RTM Pada 16 September Ini

Fesyen Travel Trending | 24

5 Kedai Kopitiam Sekitar Negeri Selangor Yang Perlu Anda Kunjungi!