in ,

Ada Sebab AQUAMAN Diangkat Sebagai Filem Terbaik DC

Kebiasaannya, filem yang ditayangkan di penghujung tahun akan mendapat kutipan yang tinggi. Ye lah, musim cuti sekolah. Ibu bapa anak menonton dan ramai yang mengambil cuti pada bulan Disember. Itu pasal pawagam dapat keuntungan mencanak.

Jason Momoa

Cakap pasal kutipan sepanjang 2018, filem AQUAMAN masih lagi ditayangkan dan dikatakan menjadi filem terbaik dari DC. Pergh! Mantap jugak sambutan untuk filem ni. Mungkin sebab jalan cerita dan juga keunikan filem ini yang menggabungkan sedikit babak romantik dan juga orang suka tengok watak Aquaman yang selamba tapi gagah perkasa.

Filem lakonan Jason Momoa dan Amber Heard ini masih lagi ditayangkan di beberapa pawagam. Kutipan pun boleh tahan jugak orang kata.  

Poster Filem AQUAMAN
Poster Filem AQUAMAN yang menjadi tarikan peminat untuk ke pawagam

AQUAMAN Diangkat Sebagai Filem Terbaik DC

Terbaru, hasil rumusan kutipan dari seluruh dunia, DC Extended Universe telah mengumumkan Aquaman sebagai filem terbitan mereka yang mempunyai kutipan paling tinggi atau dalam erti kata lain sebagai yang terlaris antara semua filem yang dihasilkan. 

Sehingga hari ini, Aquaman yang diarahkan oleh James Wan telah mengutip sebanyak $887,620,880 sekali gus menumpaskan filem tertinggi DC sebelum ini, Batman V Superman yang mencatat kutipan $873,634,919. Wow! Macam tak percaya je tapi itulah aura Aquaman yang membawa elemen baru dalam dunia filem aksi. Orang sentiasa nak tengok filem pertama kan?

Budiey dapat rasakan filem ni memang hebat sebab semasa mengikuti Press Junket FIlem Aquaman di Manila baru-baru ini, Budiey dapat melihat sambutan yang cukup baik. Tak percaya, korang boleh tonton video kat bawah ni.

AQUAMAN Fan Goes Crazy After Meeting Jason Momoa

Wonder Woman Tetap Hebat

Meskipun begitu, jika dilihat pada ulasan dan kritikan peminat, menerusi laman Rotten Tomato Aquaman menduduki di tangga kedua dengan mendapat rating sebanyak 64 peratus.

Masih menggungguli sebagai filem terbaik DC adalah penyandangnya sebelum ini iaitu filem WONDER WOMAN ,yang mendapat penilaian yang agak tinggi, 93 peratus. 

Dengar citer filem Aquaman akan ada sambungan di filem kedua nanti. Ye lah, dah dapat sambutan hebat macam ni. Takkan tak nak buat sambungan kan? Rugilah macam tu. 

Jadi, sama-sama kita nantikan filem AQUAMAN seterusnya… adakah filem itu nanti akan lebih baik daripada Aquaman yang pertama ni? Haa, siapa tahu kan?

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Bagasi Sherry Ibrahim Hilang di Oman Telah Ditemui Tapi…

Lady Gaga

Fesyen Lady Gaga ala Cinderella di Golden Globe 2019