in ,

Ayda Jebat Lancar BAGAI PELANGI di Hari Jadi Ke-26

SEMPENA sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-26, semalam, pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat telah melancarkan single terbaharunya berjudul Bagai Pelangi.

Jelas Ayda atau nama penuhnya Nur Suhada Jebat, tarikh tersebut dipilih disebabkan lagu berkenaan sangat istimewa buat dirinya, selain ia turut ditujukan khas kepada peminatnya yang telah menyokong kuat kerjaya seninya selama ini.

“Bagai Pelangi kini boleh didapati di semua platform digital dan saya tujukan khas lagu ini buat semua peminat tersayang, terutamanya AJS (Ayda Jebat Screamer).

“Harap peminat semua suka dan terhibur dengan lagu baharu ini. Jangan lupa juga untuk berkongsi pandangan anda dengan saya selepas memuat turun dan mendengar Bagai Pelangi,“ katanya dipetik daripada BH Online.

Ayda turut mengumumkan pelancaran lagu berentak balada itu kepada peminanya menerusi laman sosial Instagram miliknya dengan mengatakan lagu tersebut dilancarkan pada hari yang bermakna untuknya.

Jelas Ayda kepada akhbar tersebut, lagu Bagai Pelangi menjadi lebih istimewa buatnya memandangkan karya terbabit merupakan jasil ciptaannya bersama Norzaidi Abdul Rahman dan Rafik Khairudin.

“Penonton Pinjamkan Hatiku mesti kenal sebuah lagu yang saya nyanyikan dengan iringan gitar dalam filem lakonan saya itu. Ia digubah semula dengan ‘mood’ dan emosi lebih segar.

“Naskhah ini menjadi luahan hati saya buat peminat dan insan yang tidak pernah jemu menyokong kerjaya muzik serta lakonan saya selama ini,” tuturnya.

Ayda Jebat

Seiring dengan pelancaran lagu tersebut, sebuah video muzik yang dirakamkan Ayda ketika berkunjung ke Jepun baru-baru ini juga dimuat naik ke laman YouTube semalam dan kini sudah mencapai lebih 54,000 tontonan.

Ayda yang sebelum ini sinonim dengan lagu berentak rancak sebelum ini melalui lagu Siapa Diriku, Pencuri Hati, Nakal Nakal Nakal dan Mata kini menampilkan kelainan dengan lagu balada yang tentu menambat hati peminatnya.

Aktres yang mula dikenali menerusi drama Rindu Awak 200% dan Sesal Separuh Nyawa ini juga pernah muncul dengan single duet bersama vokalis kumpulan Sixth Sense, Adi Priyo menerusi lagu Pinjamkan Hatiku.

Dalam pada itu, selepas lakonannya bersama Syafiq Kyle menerusi drama Dekatkan Jarak Kita mendapat sambutan hangat, Ayda bakal muncul dalam drama bersiri terbaru bersama Sharnaaz Ahmad, tidak lama lagi.

Ayda Jebat

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fatimah Az-Zahra Nama Sementara Anak Siti Nurhaliza

Berang Dengan Akaun Palsu, Syamsul Yusof Beri Amaran