in , ,

Filem BABY BRO Lakonan Zizan Razak & Shaheizy Sam Sebelum POLIS EVO 2 Keluar Panggung

Sebelum Menonton, Apa Kata Anda Baca Dulu Sinopsis Filem BABY BRO Lakonan Zizan Razak & Shaheizy Sam. Pastinya Menarik Untuk Tontonan Seisi Keluarga! Bagaimana Jalan Cerita dan Apa Yang Seronok Sangat Menonton Filem Ini?

Bersempena dengan musim cuti persekolahan, saluran Astro First Eksklusif tampil dengan sebuah lagi filem televisyen (FTV) menarik, sesuai untuk tontonan seisi keluarga. “Baby Bro”, hasil sentuhan sutradara tersohor tanah air, Ghaz Abu Bakar, merupakan sebuah filem komedi yang menampilkan gandingan duo terhebat, Zizan Razak dan Shaheizy Sam, bakal menemui peminat di saluran Astro First Eksklusif mulai 23 November 2017 (Khamis).

Filem Baby Bro
BABY BRO sebuah filem komedi yang menampilkan gandingan duo terhebat, Zizan Razak dan Shaheizy Sam

BABY BRO Gabungan Ghaz Abu Bakar, Zizan Razak & Shaheizy Sam

Ini merupakan kerjasama kesekian kalinya di antara Ghaz, Zizan Razak dan Sam selepas dari kejayaan ‘Polis Evo’ yang meraih kutipan pecah panggung pada tahun lalu. FTV ini turut menyaksikan kehadiran pelakon popluar, Izara Aishah dan adik Qistina Raisah.

Filem Komedi Yang Mencuit Hati

Sikit sinopsis tentang filem ini, “Baby Bro” mengisahkan tentang kehidupan seharian dua orang pemuda, Joe (Shaheizy Sam) & Sham (Zizan Razak), yang mencari rezeki dengan cara tersendiri di kota Kuala Lumpur.

Kehidupan mereka berubah serta-merta dengan kehadiran seorang bayi yang tidak diketahui dari mana asalnya. Usaha untuk memulangkan semula bayi tersebut menemui jalan buntu sehingga mereka akhirnya terpaksa membuat keputusan untuk menjaga bayi itu buat sementara waktu.

Tanpa mereka sedari, bayi yang digelar secara mesra oleh mereka sebagai ‘Baby D’, telah mula disayangi seperti anak sendiri. Kehadiran bayi tersebut dalam dunia Joe dan Sham juga dilihat menyumbang ke arah positif yang mana pintu rezeki kedua-dua mereka kini lebih terbuka, mereka kelihatan lebih bertanggungjawab dan dengan adanya ‘Baby D’, ia mengajar mereka erti kesabaran.

Namun begitu, sampai bilakah mereka ingin menjaga anak ini? Bagaimana pula dengan ibu bapa bayi ini?

Sudah pasti mereka resah dengan kehilangan permata hati mereka ini. Atau ada konspirasi tersembunyi di sebalik kehilangan bayi ini? Nantikan pengakhiran BABY BRO hanya di saluran Astro First Eksklusif, November ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Reen Rahim Terima PINANGAN KE-20 di TV1

Senarai Peserta Akhir Pertandingan KIX HD’s R U Tough Enough 2017