in ,

Zizan Razak Muat Naik Gambar Cincin di Instagram, Betul Ke Zizan Dah Nak Kahwin?

Wah! Betul ke Zizan dah nak kahwin ni?

Pelakon dan pelawak, Zizan Razak telah memuat naik satu posting di laman Instagramnya yang menunjukkan sebentuk cincin dengan kapsyen yang begitu romantik. Zizan atau nama penuh Mohammad Razizan Abdul Razak, 37, pernah digosipkan dengan beberapa selebriti lain seperti Mira Filzah, Emma Maembong dan Juliana Evans, namun semuanya sudah pun berumah tangga.

Zizan sering dikaitkan dengan perwatakan yang suka bergurau, mengundang tanda tanya ramai orang apabila dia memuat naik beberapa gambar cincin di IG Story sehingga menjadi persoalan adakah benar ataupun tidak.

Zizan Razak Muat Naik Gambar Cincin di Instagram

Menerusi kapsyen di IG Storynya, dia berharap si penerima suka dengan kejutan yang telah dibuat oleh Zizan.

Pada masa yang sama, Zizan turut meminta orang ramai agar mendoakan yang terbaik dan semoga segalanya berjalan dengan lancar.

Bukan itu sahaja, Zizan turut kongsi sebuah video pendek yang memaparkan cincin, bunga dan hadiah lain untuk si penerima dengan suara latar belakang “bermulalah saat yang baru, kisah antara kau dan aku”.

Gambar-gambar tersebut turut diulang kongsi di Instagram Official Hlive di mana rata-rata netizen membuat andaian bahawa itu adalah pemberian untuk ibu Zizan.

Zizan Razak Muat Naik Gambar Cincin di Instagram

Apa-apa kita berdoa yang terbaik untuk Zizan dan berharap semuanya berjalan dengan lancar.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siar Gambar Nampak ‘Baby Bump’, Netizen Teka Neelofa Hamil?

Airasia Beauty Kini Tawar Khidmat Penghantaran ke Seluruh Semenanjung Malaysia