in , ,

Azzam Sham Juara Big Stage 2020, Berikut Senarai Penuh Pemenang

Penyanyi Azzam Sham atau nama sebenarnya, Muhammad Azzammuddin Lop Hisham, 23 menepati ramalan ramai apabila muncul sebagai juara Big Stage 2020 yang bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya sebentar tadi.

Mengisi tema Ultimatum, Azzam Sham tampil dengan persembahan mantap menerusi lagu Aku Bidadari Syurgamu menewaskan empat finalis lain. Kemenangan ini sekali gus melayakkan Azzam Sham membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai berjumlah RM100,000 berserta trofi.

Azzam Sham Juara Big Stage 2020

“Saya tak tahu nak cakap apa sebab memang tidak jangkakan kemenangan ini. Ini bukan kemenangan mutlak saya seorang, sebaliknya kemenangan saya bersama finalis-finalis lain juga yang saya sudah anggap macam adik beradik sendiri.

“Saya juga berterima kasih kepada ibu bapa dan keluarga serta syarikat pengurusan Rusa Music yang sentiasa memberikan sokongan kepada saya selama ini,”

– Azzam Sham
azzam sham

Sementara itu, Usop atau nama lengkapnya, Muhammad Saiful Naim Muhammad, 23, memenangi tempat kedua dan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM50,00 beserta trofi.

Naib juara : Usop 

Tempat Ke-3: Qody Rany 

Tempat Ke-4: Dinie Rashid

Tempat Ke-5: Fadh Majid

Azzam Sham Juara Big Stage 2020

Tempat ketiga menjadi milik Qody Rany, 26, dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM25,000 beserta trofi.

Sementara Dinie Rashid, 28, dan Fadh Majid, 27, pula masing-masing berpuas hati di tempat keempat dan kelima dengan hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 dan RM5,000 beserta trofi.

Big Stage 2020 peringkat akhir ini diadili tiga juri profesional yang terdiri daripada Ajai, Dayang Nurfaizah dan Faizal Tahir selaku juri tetap. Manakala penyanyi Misha Omar pula bertindak sebagai juri jemputan, selain Elly Mazlein berperanan sebagai Presiden Netizen.

Malam kemuncak Big Stage musim ketiga yang disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (124) dan Ria HD (104) itu menampilkan pasangan pengacara Alif Satar dan Sherry Alhadad.

Big Stage 2020 turut disertai Dr. Hafiz Zainal, Nana Sheme, Farisha Iris, Hanie Soraya, Amir Hassan, Yamani Abdillah dan Allahyarham Sandra Dianne.

Dua musim Big Stage terdahulu dimenangi Sarah Suhairi dan penyanyi dari Korea Selatan, Han Byul.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Piraveen Juara Bintang Minnal@RTM 2020

Perdana Menteri Jalani Kuarantin Kendiri Selama 14 Hari