Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in ,

Azwan Ali Tuduh Ziha AF Guna Duit Haram, Ini Kenyataan Balas

Nama bekas peserta Akademi Fantasia 2004 (AF 2014), Ziha tiba-tiba menjadi hangat diperkatakan di media sosial apabila nama beliau dipetik dan disebut oleh Azwan Ali dalam satu posting di Twitter.

Ziha tidak berdiam diri selepas pengacara Azwan Ali atau Diva AA mendakwa dirinya menggunakan duit haram kerana sering menayang rumahnya yang dianggap mewah.

Diva AA menerusi statusnya di Twitter menuduh Ziha sengaja menayang ruang dapurnya yang mempunyai dekorasi yang mahal.

Menurut Diva AA Ziha tidak mampu untuk memiliki semua itu kerana mendakwa penyanyi tersebut sudah ‘tidak laku’.

Assalamualaikum. Maafkan saya sekiranya ada salah saya dekat awak, walaupun saya tak kenal awak personally. Rezeki yang Allah beri semuanya dah tertulis. Baik rezeki kesihatan mahupun rezeki dikelilingi orang yang baik2. Saya bersyukur seadanya. Kami suami isteri berusaha sebaik mungkin untuk berikan yang terbaik untuk anak2 & keluarga kami. Apa yang kami ada, adalah dari restu dan doa kedua ibu bapa kami. Disebabkan didikan dan dorongan mereka, kami masih dan terus berusaha dalam apa jua kerjaya yang kami lakukan. Semoga dipermudahkan segala urusan harian kita #spreadlovenothate 

Ziha yang memuat naik paparan skrin gambar status tersebut ke Instagram miliknya bagaimanapun dengan tenang memberi kenyataan balas.

Ziha pertama kali telah meminta maaf kepada pengacara tersebut jika dia ada membuat kesilapan terhadapnya.

Menurut Ziha dia bersyukur dengan rezeki yang telah dikurniakan oleh Maha Esa dan tidak lupa ia hasil dari doa ibu bapanya.

“Maafkan saya sekiranya ada salah saya dekat awak, walaupun saya tak kenal awak personally.

“Rezeki yang Allah beri semuanya dah tertulis. Baik rezeki kesihatan mahupun rezeki dikelilingi orang yang baik-baik.

“Saya bersyukur seadanya. Kami suami isteri berusaha sebaik mungkin untuk berikan yang terbaik untuk anak-anak dan keluarga kami.

“Apa yang kami ada, adalah dari restu dan doa kedua ibu bapa kami. Disebabkan didikan dan dorongan mereka, kami masih dan terus berusaha dalam apa jua kerjaya yang kami lakukan.

“Semoga dipermudahkan segala urusan harian kita,” jawabnya dengan tenang.

Entri tersebut telah mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata menganggap dakwaan Diva AA sebagai keterlaluan.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version