in ,

Lebih 10 Tahun Tak Masuk TV, Comeback Imej Azwan Ali Yang Dulu Raih Perhatian Netizen

Rancangan program realiti nyanyian Lagu Cinta Kita 2 nampaknya menjadi trending sehingga mendapat sambutan menggalakkan ketika hari pertama ditayangkan di TV3 pada Ahad lalu. Bukan itu sahaja, penampilan salah seorang pengacara sensasi di pentas Lagu Cinta Kita 2 iaitu Azwan Ali atau Diva AA menggamatkan lagi suasana.

Siapa yang tidak mengenali kelibat sosok insan seni bergelar Azwan Ali, seorang pengacara yang cukup versatil satu ketika dahulu. Masih ingat lagi beliau mengacara Muzik Muzik satu ketika dulu. Segak, berkarisma dan ada integriti. Kini, setelah sekian lama tak nampak Azwan Ali di TV, tidak menghampakan, pengacaraannya masih lagi miliki ‘aura’ dan dapat dilihat ketika menjadi pengacara program Lagu Cinta Kita 2 pada hari Ahad lalu walaupun sudah lama tidak mengacara. Dikatakan netizen pun ramai yang suka dan menganggap idea TV3 mengambil semula Azwan Ali mengacara adalah satu percubaan berani tapi brilliant!

Rancangan realiti “music dating”  Lagu Cinta Kita 2 membuka pentas cinta pada Ahad lalu. Namun, ramai penonton yang datang jenguk video di Youtube adalah semata mahu melihat kelibat Azwan Ali. Rindu barangkali.

AZWAN ALI

Walaupun baru sahaja bersiaran namun ternyata LCK 2 berjaya mencuri hati penonton apabila dilihat trending di media sosial. 

Ternyata, gandingan pengacara  Diva AA dan Kak Lina Pom Pom mencuit hati para penonton sehingga ramai yang memuji “chemistry” mereka berdua.

Sudah sekian lama Diva AA tidak muncul di kaca TV, beliau tampil segak dan kemas dengan penampilan yang berbeza, mengenakan sut rona coklat berserta bow tie.

Meninjau di laman sosial TV3, rata-rata penonton yang mengikuti rancangan itu teruja melihat Diva AA dan memuji cara beliau mengacarakan program berkenaan yang dianggap sangat professional.

Imej baharu Azwan Ali ketika program tersebut medapat perhatian netizen. Mana tidaknya, beliau lengkap memakai sut dengan gaya dandanan rambut lelaki kelihatan berbeza dengan imej ‘Diva AA’.

Sebelum ini, Azwan Ali sering muncul di kaca TV dengan memakai selendang dileher dan penutup rambut ketika muncul di mana-mana acara. Justeru itu, penampilan Azwan Ali semalam mendapat pujian warganet.

“Suka tengok Azwan Ali mengacara, sangat professional” – netizen

AZWAN ALI

“Memang terkejut dapat offer jadi host. Aku ingat mereka silap hantar mesej WhatsApp, ingat jadi artis jemputan tapi rupa-rupanya jadi pengacara.

AZWAN ALI

“Lebih mengejutkan, aku akan mengacara bersama dengan Elly Mazlein atau Kak Lina Pom Pom. Dia seorang personaliti yang brilliant. Macam mimpi! Umur dah 54 tahun, tapi Alhamdulillah Allah SWT dah kata itu rezeki aku”

AZWAN ALI
AZWAN ALI

Setelah hampir beberapa tahun tidak muncul di kaca televisyen, penampilan diva AA di LCK 2 mengejutkan ramai penonton. 

Bukan sahaja tampil berpakaian kemas dan segak malah cara beliau mengacara kan program tersebut juga mendapat pujian ramai. 

AZWAN ALI

Rata-rata netizen memuji Azwan Ali dan mengatakan beliau kelihatan segak berpakaian begitu. Malah, para netizen juga memuji cara pengacaraan beliau sepanjang program dan mengatakan suaranya ‘best class’.

Selain itu, penampilan barisan juri Mas Idayu, Hael Hussaini dan Ajai menghangatkan lagi suasana. 

AZWAN ALI

Apapun, memang meletup gandingan Diva AA dan Kak Lina Pom Pom semalam. Pastinya imej Azwan Ali ini mengejutkan ramai orang semalam. Apakah pendapat anda akan imej baru yang ditunjukkan oleh Azwan Ali?

Dalam pada itu, program Lagu Cinta Kita Ke-2 ini akan bersiaran secara langsung di TV3 bermula 8 November 2020, setiap hari Ahad, pukul 9.00 – 11.30 malam selama 8 episod.Anda juga boleh strim live HD di www.tonton.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lagu Eh! Layak Ke Semi Final Muzik-Muzik ke-35, Zizi Kirana Anggap Pencapaian Bermakna

Marsha Milan Galak Bantuan Melalui Inisiatif Derma Digital Awam IKHLAS untuk Sabah