in ,

Azrel Ismail Jadi Pengacara Program MASKULIN

Segalanya tentang lelaki metropolitan. Rancangan terbaharu yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk “Maskulin” mulai 23 Julai lalu, setiap Ahad, pukul 1.30 petang menerusi TV1 mewarnai hujung minggu anda dengan perkongsian tip oleh perunding imej dan personaliti jemputan berbeza setiap episod. Menariknya ia boleh juga diguna pakai semua golongan tidak kira jantina dan usia jika anda seorang yang berani mencuba dan memperbaiki diri.

Azrel Ismail Jadi Pengacara Program MASKULIN

MASKULIN Kongsi Rahsia Lelaki Metropolitan Bersama Personaliti Jemputan di TV1

Menampilkan hos Azrel Ismail, 13 episod berkonsepkan santai, ceria dan berinformasi ini berkongsi pengisian tentang sukan kesihatan, makanan, pemilihan pakaian dan juga transformasi imej terkini kepada penonton.

Menariknya 13 orang personaliti tanah air terdiri daripada penyanyi, pelakon, usahawan, pengacara dan penyampai berkongsi rahsia mereka. Antara personaliti terlibat Awi Rafael, Mas Khan, Arja Lee, Erry Putra, Mawi, Asyraf Khalid, Dazrin Kamarudin, Norman Hakim, Adam Shahz, Nazirul Mubin, Alif Hadi, Anding dan Muaz Mohamad.

Ia merangkumi empat segmen menarik iaitu segmen Maskulin, Maskulin Sihat, Tampan Bergaya dan Maskulin Soal Jawab untuk dikongsikan bersama penonton setia RTM.

Dalam segmen Maskulin Sihat berkongsi rahsia kesihatan melalui pemakanan dan aktiviti sukan yang dilakukan pada masa lapang. Aktiviti sukan yang dipilih oleh personaliti-personaliti jemputan termasuklah aktiviti sukan lasak dan sukan air.

Tarikan pastinya dalam segmen Tampan Bergaya yang mengetengahkan tema tersendiri seperti menghadiri jamuan atau acara yang berbeza dan melibatkan perunding imej berlainan bagi menceritakan dan memperkenalkan pakaian yang sesuai berdasarkan tema yang diberikan.

Sementara itu dalam segmen Soal Jawab penonton pastinya teruja berpeluang melihat gelagat dan kecekapan personaliti menjawab beberapa soalan secara spontan mengikut masa yang ditetapkan.

Azrel Ismail Jadi Pengacara Program MASKULIN

Azrel Ismail Jadi Pengacara Program MASKULIN

Azrel Ismail Jadi Pengacara Program MASKULIN

Azrel Ismail Jadi Pengacara Program MASKULIN

Azrel Ismail Jadi Pengacara Program MASKULIN

Azrel Ismail Jadi Pengacara Program MASKULIN

Azrel Ismail Jadi Pengacara Program MASKULIN

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem BRAVE Wakili Malaysia dalam 2017 Focus On Ability Short Film Awards

Traveloka & AXN’s ASIA’S GOT TALENT Calling Everyone in Asia to Chase Their Dreams