in ,

Filem BRAVE Wakili Malaysia dalam 2017 Focus On Ability Short Film Awards

Budiey nak ucapkan tahniah dan juga selamat maju jaya buat semua yang menjayakan filem BRAVE yang bertanding mewakili Malaysia di sebuah pertandingan filem pendek di Australia. Semoga kemenangan milik Malaysia. Malaysia boleh!

Brave

Kekurangan diri bukanlah suatu perkara yang harus dijadikan halangan pada seseorang untuk meneruskan kehidupan ini. Apa yang penting adalah kecekalan dan semangat yang tinggi untuk bersaing, dan menjadi antara yang terbaik.

Memandang serius perkara ini, Qaisworks sdn bhd menyahut cabaran untuk membuktikan perkara ini dengan menyertai NOVA EMPLOYMENT 2017 FOCUS ON ABILITY SHORT FILM bertajuk ‘BRAVE’ yang dianjurkan oleh NOVA EMPLOYMENT, AUSTRALIA.

Hairuman

BRAVE – KEKURANGAN JADI TARUHAN

Usaha ini tidak sia-sia apabila Qaisworks Sdn Bhd terpilih sebagai finalis, dan bersaing dengan 53 lagi penyertaan dari pelbagai negara. Pada tahun kesembilan ini, Anugerah Focus on Ability (FOA) direka untuk menggalakkan pembuat filem memberi tumpuan kepada ketidakupayaan dengan matlamat memberi inspirasi dan motivasi kepada masyarakat umum.

Sebagai sebuah rumah produksi yang memandang jauh ke hadapan, peluang ini diambil dengan sebaik mungkin agar niat murni untuk membuka mata masyarakat dunia mengenai keupayaan dalam kecacatan, tercapai.

Filem pendek yang menampilkan Hairuman bin Miskon mangsa renjatan elektrik bervoltan tinggi yang pernah menggemparkan Malaysia suatu masa dahulu, dirakam dan disunting dengan menerapkan nilai-nilai kreatif, terkini dan motivasi.

Yaya Abu Bakar selaku penerbit memberitahu bahawa Brave terhasil apabila beliau melihat kesungguhan orang kurang upaya terutama sekali Hairuman meneruskan kehidupan selepas tragedi dahsyat yang menimpa mereka. Perasaan kagum itu hadir dan sekaligus ianya memberikan inspirasi kepada rumah produksi ini untuk dijadikan sebuah karya. ‘’ Hairuman kehilangan kedua belah tangannya, dan juga kaki kiri. Sebagai remaja, saya rasa itu satu keajaiban apabila dia mampu menerima keadaannya itu dengan hati yang terbuka. Bukan senang untuk meneruskan kehidupan begitu apatah lagi beliau merupakan anak yatim piatu.’’

Bercakap mengenai proses produksi pula, beliau memberitahu bahawa kesukaran yang dilalui adalah apabila kita tahu pergerakan dari orang kurang upaya ini adalah terhad. Jadi kita perlu kreatif agar setiap paparan mampu memberikan impak yang mendalam kepada penonton. Selain itu, pasukan produksi yang sentiasa bantu membantu dan memahami apa yang diinginkan, turut menyumbang kepada kejayaan menghasilkan video ini.

“ Kami mengharapkan sokongan rakyat Malaysia di seluruh dunia untuk mengundi video ‘ Brave’. Ianya bukan semata untuk kemenangan perseorangan, sebaliknya kami membawa nama Malaysia agar industri kreatif luar negara membuka mata kepada keupayaan kita’’.

Pertandingan FOA tahun ini mencatatkan jumlah rekod sebanyak 209 penyertaan melalui 5 kategori iaitu Australia & New Zealand Schools Documentary, Australia & New Zealand Schools Short Film, Australian Open Documentary, Australian Open Short Film dan International Award. Pada tahun 2016 menyaksikan Uganda dan Sri Lanka sebagai pemenang FOA.

Orang ramai boleh membuat undian bermula daripada 25 Julai hingga 7 Ogos 2017 ini di laman web http://www.focusonability.com.au/

Pemenang akan menerima wang tunai lebih daripada 140 aud.

Hairuman

Hairuman

Hairuman

Hairuman

Hairuman

FINALIST!

2017 Focus On Ability Short Film Awards

International Section

About Focus On Ability:

In their ninth year, the Focus on Ability (FOA) Awards is designed to encourage film makers to focus on the ability of people with disability. They certainly do that!

This year’s FOA competition hit a record number of 209 entries, including 101 school entries and 53 international films. Following successful screenings last year in New Zealand, New York and Zimbabwe this year the competition received entries from a record number of countries (19), including, for the first time, Ethiopia. More info.

There’s also a prize for the most online votes. If our local community gets behind me, I might win the Most Online Votes!

Voting starts 25 July and concludes 7 August: http://www.focusonability.com.au/

Every day during voting, voters go in the running to win a $50 iTunes voucher, but you can only vote once in each category. The five categories are:
• Australia & New Zealand Schools Documentary
• Australia & New Zealand Schools Short Film
• Australian Open Documentary
• Australian Open Short Film
• International Award.

Quote from Martin Wren, CEO NOVA Employment: (FOA was his big idea!)

‘FOA gives us fantastic insight into how society’s attitudes are changing towards people with disability. Not just Australian society, but around the world. I don’t think you can fail to be impressed and inspired by taking ten minutes to see a couple of FOA films.’

SHORT FILM BY QAISWORKS SDN BHD

TAJUK: “BRAVE”

DURATION: 4 MIN

PRODUCER: YAYA ABU BAKAR

STATUS: SHORLISTED TO FINAL 2017 Focus On Ability Short Film Awards

International Section

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Peserta CLEVER GIRL MALAYSIA Musim Kedua

Azrel Ismail Jadi Pengacara Program MASKULIN