in , ,

“Afnan Tunggu Kami di Syurga,” Anak Azmi Saat Yang Baru 3 Hari Dilahirkan Meninggal Dunia

Baru beberapa hari bergelar ibu dan ayah, penyanyi Azmi Saat dan isterinya, Nazira Muhammad terpaksa menerima hakikat bayi sulung mereka, Afnan telah disahkan meninggal dunia sebentar tadi.

Penyanyi Azmi Saat yang baru sahaja dikurniakan cahaya mata pertama telah memaklumkan anak sulungnya itu kini berada dalam keadaan tidak sihat. Namun, beliau tidak memaklumkan apakah penyakit atau masalah kesihatan yang dihadapi oleh bayi yang bernama Afnan itu. 

Dalam satu perkongsian di Instagram, Azmi menyatakan dia dan isteri kini memohon agar orang ramai mendoakan kesihatan anaknya itu.

"Afnan Tunggu Kami di Syurga," Anak Azmi Saat Yang Baru Dilahirkan Meninggal Dunia

“Mohon tolong doakan Afnan. Afnan tak sihat. Kami sedang diuji. Allah mudahkan urusan kami waktu proses mengandung tapi sekarang Allah nak uji kami. Allah mudahkan proses bersalin tapi sekarang Allah nak uji kami.

Allah letakkan rasa teruja dalam hati kami tapi sekarang Allah nak uji kami. Itulah Allah pemilik sekalian alam. Dia yang maha merancang dan maha mengetahui segalanya,”

– Azmi Saat
"Afnan Tunggu Kami di Syurga," Anak Azmi Saat Yang Baru Dilahirkan Meninggal Dunia

Mungkin ada antara kalian yang Allah makbulkan doanya. Tolong doakan moga Afnan sihat dan Allah berikan yang terbaik buat kami.

“Apa pun yang berlaku, kami redha dengan ketentuan takdirNya. Amin Ya Rabbal Alamin,”

– Azmi Saat

Sebelum ini, Azmi dan isteri menunggu selama 10 tahun untuk dikurniakan anak sehinggalah isterinya selamat melahirkan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Khairul Afnan.

Dalam pada itu, Azmi menyatakan dia reda dengan ketentuan meskipun apa yang berlaku dan berharap agar anaknya berada dalam keadaan sihat.

"Afnan Tunggu Kami di Syurga," Anak Azmi Saat Yang Baru Dilahirkan Meninggal Dunia

Kemaskini terkini, Azmi Saat telah memberitahu bayi sulungnya telah meninggal dunia. 

Berita sedih tersebut dikongsikan Azmi menerusi satu perkongsian di Instagramnya.

“Allah lebih menyayanginya. Afnan tunggu kami di syurga ya,” 

– Azmi Saat

Pengurus Azmi Caliph Busker Beritahu Tentang Keadaan Bayi Sebelum Meninggal Dunia

Pengurus Azmi Saat, Syah Rahman memaklumkan doktor mengesyaki terdapat sedikit masalah pada bahagian otak, Khairul Afnan.

Menurut Syah, Azmi memberitahu Afnan memerlukan alat bantuan pernafasan malam tadi.

“Doktor mengesyaki bahagian otak Afnan ada masalah sebab dia tidak bergerak, jadi perlu buat ujian MRI bagi memeriksa otaknya dan punca sebenar.

“Tapi puncanya, Azmi akan memberikan kenyataan sendiri. Sekarang ini dia memohon berikan dia masa, dan apabila ada kelapangan nanti dia sendiri akan memberikan kenyataan.”

– Syah Rahman

Syah juga mengesahkan Khairul Afnan menghembuskan nafas terakhirnya di pangkuan isteri Azmi, Nazira Muhammad, 35, pada jam 1.19 petang tadi, di sebuah pusat perubatan, di sini.

“Selepas alat bantuan pernafasan dibuka, Azmi dan isteri diberi peluang untuk meriba anaknya sehingga Afnan menghembuskan nafasnya yang terakhir. Kemudian, pada 1.19 tadi Afnan meninggal dunia,” katanya.

– Syah Rahman

Salam takziah buat Azmi dan isteri di atas kehilangan ini. Bertahun Azmi menantikan saat bahagia punya zuriat, namun Allah itu Maha Kuasa, cuma pinjamkan seketika bintang syurga buat mereka. Semoga Azmi dan isteri tabah mengharungi ujian ini.

Azmi atau nama penuhnya Khairul Azmi Mohd. Saat, 34 dan Nazira,baru-baru ini diuji apabila Afnan yang baru dilahirkan dilaporkan mengalami masalah kesihatan dimana doktor mengesyaki otanya tidak berfungsi selepas dia didapati tidak bergerak.

Ekoran dari itu Afnan yang sudah lebih 10 tahun dinantikan pasangan ini terpaksa dipakaikan alat bantuan pernafasan oleh hospital.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Elly Mazlein Kini Mulai Berehat Seketika, Bakal Timang Anak Lelaki

Pernah Bergelar Antivaksin, Abang Arwah Siti Sarah Mohon Maaf Pada Frontliners