in ,

Selepas 10 Tahun Penantian, Azmi Caliph Buskers Beritahu Apa Dia Rasa Selepas Dapat Anak Pertama

Penantian 10 tahun penyanyi Azmi Saat untuk menimang cahaya mata berakhir apabila isterinya, Naziah Muhammad selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada jam 9.09 pagi tadi.

Azmi bersyukur dan mendapati perasaannya bercampur baur apabila mendengar suara anak sulungnya yang dilahirkan secara pembedahan.

Selepas 10 Tahun Penantian, Azmi Caliph Busker Beritahu Apa Dia Rasa Selepas Dapat Anak Pertama

“Alhamdulillah pukul 9.09 pagi tadi anak sulung saya telah selamat lahir ke dunia.

“Urusan pembedahan berjalan lancar. Macam-macam perasaan ada bila kali pertama terdengar suara baby,” katanya.

Azmi berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut Azmi memuat naik foto bersama bayi lelakinya.

Selepas 10 Tahun Penantian, Azmi Caliph Busker Beritahu Apa Dia Rasa Selepas Dapat Anak Pertama

Dalam pada itu, vokalis kumpulan Caliph Busker itu sempat mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan.

“Syukur ya Allah. Moga saya dapat menjadi ayah yang baik. Terima kasih atas doa kalian yang tak putus-putus buat kami sekeluarga,” ucapnya.

Terdahulu, Azmi ada memaklumkan dia memilih tarikh hari ini untuk isterinya melahirkan bayi pertama mereka sempena dengan ulang tahun kelahirannnya.

Untuk rekod, pasangan cacat penglihatan atau OKU (Orang Kurang Upaya) ini mendirikan rumah tangga pada 2011.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tahniah! Nur Sabrina Diumumkan Jadi Juara Usahawan Buletin FM Pusingan Pertama

Azlan Typewriter Patah Kaki Kiri Musibah Menimpa Ketika Mendaki