in

Ayda Jebat Bakal Gegarkan Industri Muzik Dengan Single MATA

SELEPAS kejayaan tiga single terdahulu iaitu Siapa Diriku, Pencuri Hati dan Nakal Nakal Nakal, penyanyi Ayda Jebat kini kembali dengan sebuah lagu baharu berjudul MATA.

Mendasari lagu tersebut dengan tema berbeza, menurut Ayda, dia menginginkan sebuah material berskala besar yang mampu menaikkan semangat khalayak ketika mendengarnya, dengan bait lirik yang baik dan susunan muzik yang lebih terkini dan berkualiti.

Ayda Jebat MATA

Tutur Ayda, lagu tersebut turut menggambarkan tentang perjalanan hidup dan kariernya sebagai seorang insan seni.

“Sengaja saya memilih tema ‘semangat’ bagi lagu Mata. Saya mahukan pendengar lebih terkesan dengan liriknya, lebih-lebih lagi bagi mereka yang kehilangan semangat, sudah jatuh tetapi harus bangun dan terus berjuang menuju kejayaan.

“Saya mahu menunjukkan bahawa setiap kejayaan yang hadir perlu datang dengan usaha. Saya sendiri perlu menapak dalam industri dan tidak pernah penat untuk berusaha bagi membina nama.

“Alhamdulillah, dengan apa yang saya ada sekarang, ia berlaku berkat usaha tersebut dan juga doa peminat yang tidak pernah putus,” katanya.

Apakah maksud disebalik MATA? Mata boleh diertikan sebagai ‘markah’ atau ‘point’ dalam sesuatu pertandingan. Mata juga boleh dijadikan inuendo dalam memberi gambaran terhadap pihak lawan supaya jangan terlalu selesa kerana mungkin orang yang sudah anda kalahkan sedang memerhati anda dan akan bangkit untuk kembali bertempur.

Ayda Jebat Mata

Disebabkan itu, Ayda turut mendedikasikan lagu MATA buat atlit-atlit negara yang bakal berjuang dalam Sukan SEA 2017 pada bulan Ogos akan datang. Setiap bait lirik lagu ini penuh makna dan memang ditujukan kepada pihak lawan. Im watching you!

MATA, ciptaan Audi Mok, Shazee Ishak dan Ayda Jebat bakal dipasarkan menerusi seluruh platform digital terutamanya iTunes, Spotify, Deezer, Joox & KKBOX bermula 28 Julai ini.

Klip video lirik pula bakal diterbitkan di YouTube pada jam 9 malam, hari yang sama di channel Ayda Jebat.

Judul lagu: MATA
Penyanyi: Ayda Jebat
Lagu/Lirik: Audi Mok, Shazee Ishak dan Ayda Jebat
Label : Paranormal Records
Terbitan : Paranormal Records & Replay Music

#MATA

Ayda Jebat MATA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

My Mudah STORies Bersama Altimet Semua Pun Mudah

Izzue Islam, Fakhrurazi & Mawi Jadi Juri Ujibakat Ceria I-Star Musim Kedua