in

Izzue Islam, Fakhrurazi & Mawi Jadi Juri Ujibakat Ceria I-Star Musim Kedua

Jelajah ke enam lokasi termasuk negara serantau seperti Brunei dan Jakarta

 Kehadiran kanak-kanak membanjiri The Puteri Pacific, Johor Bahru bersama ibu bapa dan rakan-rakan pada minggu lalu bagi menghadiri sesi ujibakat program Ceria I-Star musim kedua jelas menampakkan keterujaan mereka terhadap program yang berteraskan hiburan Islamik ini. Menampilkan Mawi dan Ustaz Zulkefli Hamat (Ustaz Zul) sebagai juri bagi sesi ujibakat di Johor, rata-rata peserta hadir dengan persiapan rapi bagi memberi persembahan terbaik untuk memenangi hati para juri.

Fakhrul Razi 1

Minggu ini, misi pencarian bakat baru Ceria I-Star akan diteruskan lagi di Hotel Perdana, Kota Bahru, Kelantan bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Buat mereka yang berusia 5 hingga 15 tahun, inilah masanya untuk menonjolkan bakat yang dimiliki seperti bernyanyi, berlakon, bercerita, hafazan, berceramah, kalam jamaie, menulis tulisan khat, bermain silap mata, bermain alat muzik, berdikir barat atau apa sahaja bakat yang diselitkan dengan unsur Islamik. Aktor dan penyanyi, Izzue Islam dan PU Rozi akan bertindak selaku juri bagi pencarian bakat di Kelantan.

Pencarian bakat cilik Ceria I-Star juga akan diadakan di Brunei pada 6 Ogos, di Jakarta pada 12 Ogos, di Kedah pada 18 Ogos dan diakhiri di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 20 Ogos.

Mawi &Amp; Ustaz Zul

Mula diperkenalkan pada tahun lalu, program Ceria I-Star merupakan satu-satunya platform hiburan buat kanak-kanak di Malaysia yang memberi kebebasan sepenuhnya buat peserta menyampaikan kandungan Islamiah menerusi kepelbagaian bakat yang mereka miliki. Inisiatif yang diambil oleh pihak Astro Ceria ini bermatlamat mendedahkan ilmu agama buat generasi muda secara santai dan menyeronokkan, bersesuaian dengan peringkat umur mereka. Tidak terhad buat bakat cilik di Malaysia sahaja, program ini turut mengalu-alukan bakat dari negara serantau juga seperti Brunei, Singapura, Indonesia, Kemboja dan lain-lain.

Program Ceria I-Star bakal menemui penonton pada Oktober ini. Ayuh, rebut peluang ini untuk menyerlahkan bakat terpendam, seterusnya menjadi antara barisan peserta Ceria I-Star musim kedua, dan berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM15,000.00.

Jadual Ujibakat Ceria I-Star

Tarikh Ujibakat Lokasi Ujibakat Juri Lokasi Masa Pendaftaran
21 Julai 2017 (selesai) The Puteri Pacific, Johor Bahru Mawi dan Ustaz Zulkefli Hamat (Ustaz Zul) 9.00 pagi – 5.00 petang
28 Julai 2017 Hotel Perdana, Kota Bahru, Kelantan Izzue Islam dan PU Rozi 9.00 pagi – 5.00 petang
6 Ogos 2017 Regalblue Studio, Sg Hanching, Brunei Fakhrurazi (penyanyi dari Brunei) dan Ustaz Zul 9.00 pagi – 5.00 petang
12 Ogos 2017 Grand Hyatt, Jakarta Ustaz Zulkefli Hamat (Ustaz Zul) 9.00 pagi – 5.00 petang
18 Ogos 2017 Hotel Grand Crystal, Alor Setar, Kedah Ustaz Zulkefli Hamat (Ustaz Zul) 9.00 pagi – 5.00 petang
20 Ogos 2017 Astro Bukit Jalil, Kuala Lumpur Ustaz Zulkefli Hamat (Ustaz Zul) dan Amy Mastura 9.00 pagi – 5.00 petang

 

Syarat- Syarat Penyertaan

  1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia, Singapura, Indonesia, Kemboja and Brunei yang berumur 5 hingga 15 tahun (dengan kebenaran ibu bapa atau penjaga);
  2. Penyertaan individu ataupun berkumpulan

Fakhrul Razi 2

Izzue Islam 3

Izzue Islam

7D55B9Ea-E508-49E5-8Ee2-439736B2D628

A12Cb091-57Ba-4744-896A-7874029B4F41

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ayda Jebat Bakal Gegarkan Industri Muzik Dengan Single MATA

Aleeza Kassim Rugi Lebih RM280,000 Rumah Diceroboh Perompak