in , , ,

“Hadiah Harijadi Terbaik, I Said Yes,” – Ayda Jebat Tayang Cincin, Terima Lamaran Nabil Mahir di Hari Jadi ke-28

Setelah Ayda Jebat dan Nabil Mahir mendedahkan hubungan sebenar antara mereka pada akhir tahun lalu sekali gus menjawab teka teki yang sering ditanyakan oleh peminat buat mereka.

Selepas menjalin hubungan cinta beberapa bulan bersama, Nabil Mahir akhirnya membuat keputusan melamar penyanyi dan pelakon Ayda Jebat sempena hari lahir aktres terbabit yang ke 28. Menerusi Instagram Ayda Jebat memuat naik gambarnya bersama cincin yang sebagai tanda bersetuju menerima lamaran tersebut.

Ayda Jebat Tayang Cincin, Terima Lamaran Nabil Mahir
Sambut Hari Jadi Ke-28, Ayda Jebat Terima Cincinlamaran Dari Nabil Mahir

“The best birthday gift ever. I said yes” tulis Ayda Jebat di Instagram. Malah perkongsiannya itu difahamkan bahawa penyanyi ini telah dilamar kekasihnya dan Ayda Jebat juga memberitahu dia berkata yes.

Dalam pada itu Nabil Mahir turut dilihat melakukan perkara sama di Instagramnya.

Ayda Jebat Tayang Cincin, Terima Lamaran Nabil Mahir

Menerusi ruangan komen, rakan selebriti serta peminat dilihat teruja dengan keputusan mereka berdua malah ramai mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada mereka.

Perkara berkenaan sekali gus membuatkan ramai meninggalkan pelbagai komen apabila Ayda Jebat dan Nabil Mahir juga kelihatan sangat gembira ketika menangkap momen berkenaan lalu berkongsikan kepada ramai.

Ayda Jebat Tayang Cincin, Terima Lamaran Nabil Mahir

Menerusi laman Instagram Ayda Jebat mahupun Nabil Mahir telah berkongsikan momen yang mengejutkan buat ramai selain membuatkan rakan selebriti dan peminat turut tumpang gembira apabila melihat jari penyanyi dan pelakon terkenal ini telah disarung cincin istimewa.

Nampaknya, Ayda Jebat juga akan menjadi salah seorang selebriti popular tanah air yang bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

Ayda Jebat Tayang Cincin, Terima Lamaran Nabil Mahir

Walau bagaimanapun, menerusi ruangan posting mereka ternyata dalam masa yang sekejap juga rakan selebriti dan peminat serta pengikut mereka mengucapkan tahniah selain mendoakan hubungan baik mereka.

Ayda Jebat Tayang Cincin, Terima Lamaran Nabil Mahir
Ayda Jebat Tayang Cincin, Terima Lamaran Nabil Mahir
Ayda Jebat Tayang Cincin, Terima Lamaran Nabil Mahir
Ayda Jebat Tayang Cincin, Terima Lamaran Nabil Mahir
Ayda Jebat Tayang Cincin, Terima Lamaran Nabil Mahir

Rupanya, hubungan rapat yang dilihat antara penyanyi ini dengan Nabil Mahir juga merupakan hubungan yang telah diterima baik oleh keluarga kedua-dua belah pihak.

Ayda Jebat Tayang Cincin, Terima Lamaran Nabil Mahir

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem BULAN & PRIA TERHEBAT Terpaksa Henti Tayangan, EYE ON THE BALL Pula Ditunda

Penyanyi Lagu ‘Bunga Bunga Matahari’, Mya Ruslee Meninggal Dunia