in ,

Awi Rafael Nyanyi Lagu HAUS Runut Filem Apokalips X

Sepatutnya, pada hari ini penyanyi Awi Rafael dijadualkan akan melancarkan muzik video untuk lagu runut atau OST filem Apokalips X berjudul HAUS. Namun, untuk menghormati kehilangan pesawat MH370 yang masih lagi menjadi misteri, penganjur iaitu Warner Music Malaysia dan Astro Shaw telah memutuskan untuk menangguhkan dulu majlis pelancaran yang dijangka berlangsung di Radius International Hotel, 51A, Changkat Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada jam 3 petang ini.

Apa-apa pun, Budiey sudah pun mendengar lagu HAUS ciptaan DJ Fuzz & lirik pula oleh Adeep Nahar dan nyanyian Awi Rafael ini. Sebelum apa-apa, Budiey nak letakkan dulu lirik lagu HAUS ini.

Awi Rafael

Lirik Lagu HAUS – Lagu Soundtrack Filem Apokalips X

HAUS by Awi Rafael
OST Filem APOKALIPS X

Waktu berputar makin laju
Dunia semakin tua
Manusia tidak sama
Warna warna pun berubah

Pre Chorus

Bergolak jiwa
Merebut kuasa
Tercabut nyawa ghairah

Janji terputus ,nafsu haus
Cinta Adam dan Hawa terhapus

Chorus:

Ku pahat jiwa di pentas dunia
Segala rasa suluh derita

Ku seru namamu Pendusta Maya
Dadaku buka saksiku Dia

Dikala hitam menolak putih
Merah menyala, amarah terzahir
Dendam kesuma, zuhudku hina
Mata tertutup, hatiku buta

Lagu: DJ Fuzz
Lirik: Adeep Nahar

Awi Rafael

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Casey Anderson Brings A Taste Of Wild America To Kuala Lumpur

Betul Ke Jep Sepahtu Bertunang?