in , , ,

Awi Rafael Lancar Single RAHASIAKU Sehari Selepas Umum Batal Pernikahan

Bagai ungkapan ‘Jodoh itu rahsia Allah SWT’. Sehebat mana pun perancangan manusia, hanya Allah SWT lebih mengetahui apa yang lebih baik untuk hambaNya.

Awi Rafael

Begitulah yang terjadi kepada penyanyi Awi Rafael dan pelakon Atikah Suhaime apabila perancangan mereka untuk diijabkabul dan menjadi halal di sisi Allah SWT hancur lebur ditengah jalan. Dalam nada yang sayu Awi mengumumkan pembatalan majlis akad nikahnya dengan Atikah menerusi hantaran video di laman Instagramnya pagi semalam.

Pembatalan majlis yang sepatutnya berlangsung pada hari Ahad ini, bukan sahaja mengejutkan peminat Awi dan Atikah malah menerbitkan rasa sedih kepada sesiapa sahaja yang mengikuti kisah cinta mereka selama ini sejak menjalinkan pertunangan sejak setahun yang lalu.

Rahsia Cinta Awi Rafael Dalam RAHASIAKU

Benarlah ungkapan ‘Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul’. Jika peminat pun sudah merasai sedih dengan kisah cinta yang entah apa sebabnya tidak kesampaian ini , apatah lagi empunya diri yang sedang melaluinya. Begitulah juga dengan Awi, walaupun hatinya mungkin retak seribu ketika ini.

Namun hidup perlu diteruskan, apa yang dirancang perlu juga dilaksana. Hati Awi yang mungkin remuk redam ketika ini, tidak boleh menafikan bahawa suatu masa dahulu rasa cintanya yang mendalam telah memberikannya ilham untuk menulis karya indah buat Atikah.

Single Cover Rahasiaku

Walaupun diduga dengan kasih putus di tengah jalan, hari ini Awi melancarkan single terbaharunya ‘Rahasiaku’, sebuah lagu yang dicipta khas untuk Atikah. 

Sebagaimana perancangannya untuk bernikah boleh berubah dalam sekelip mata walaupun disaat akhir, begitu juga dengan perancangannya untuk lagu ini. ‘Rahasiaku’ dilancarkan pada hari ulangtahun kelahiran Atikah ke-28 iaitu pada hari Jumaat, 15 Mac 2019.

Lagu ini juga sepatutnya dijadikan lagu istimewa sempena penyatuan kasih mereka. Bagaikan sebuah karya yang memberi jawapan kepada semua persoalan di saat ini, Awi berharap lagu ini dapat menjadi pengganti sementara dirinya dalam mencari ruang dan waktu bersama keluarga bagi merawat lukanya.

Bagaikan sebuah surat cinta berlagu, ‘Rahasiaku’ merupakan manifestasi cinta Awi untuk suri hatinya, Atikah.

“Ketulusan cinta Awi dapat didengar dalam segenap hela nafas nyanyian lagu ini.”

Sebagaimana yang dinyatakan dalam lirik lagu ‘Rahasiaku’ ini ‘Kerna Tuhan pasti lebih tahu, Apa yg lebih baik untuk diriku, Dan dirimu’, Awi menyandarkan seluruh kepercayaannya bahawa ajal maut jodoh pertemuan itu itu di tangan Allah SWT dan turut mengharapkan Allah SWT akan memberikannya jalan yang terbaik untuk keluar dari kemelut yang dihadapinya ini.  

‘Rahasiaku’ merupakan hasil nukilan Awi sendiri bersama Edi Hamid. Malah Awi turut bertindak sebagai penerbit rakaman lagu ini bersama penerbit terkenal Indonesia, Posan Tobing.

Lagu yang melalui proses penerbitan di Kuala Lumpur dan Jakarta ini bakal dimuatkan dalam album baru Awi berjudul ‘Euphoria’ yang bakal menyusul tidak lama lagi.

‘Rahasiaku’ merupakan singleterbitan dan edaran Warner Music Malaysia. ‘Rahasiaku’ boleh distrim menerusi saluran Youtube Warner Music Malaysia bermula 15 MAC 2019 dan lagu ini boleh didapatidi kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music. 

Link untuk strim ‘Rahasiaku’: https://wmm.lnk.to/rahasiaku

###

Lirik lagu ‘Rahasiaku’

Verse 1

Sendiri

Sendiri aku memerhati lagi

Detik detik masa bersamamu 

Dalam diam kumemikirkan dirimu

Sayang

Tak perlu

Oh Tak perlu untuk aku beritahu

Sudah tentu kusadar tempatku

Bukan lelaki yang terpantas untukmu

Itu pasti

*

Tiada orang tahu

Rahasia cintaku

Simpan di dadaku

Api cinta untukmu

Hanya Tuhan tahu

Malaikat juga tahu

Betapa dalamnya cintaku untukmu

Kau rahasiaku

Verse 2

Tak harus

Aku harus melepas ingin

Ku harus

Kerna Tuhan pasti lebih tahu

Apa yg lebih baik untuk diriku

Dan dirimu

*

Tiada orang tahu

Rahasia cintaku

Simpan di dadaku

Api cinta untukmu

Hanya Tuhan tahu

Malaikat juga tahu

Betapa dalamnya cintaku untukmu

Kau rahasiaku

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Jason Mraz

Konsert Jason Mraz GOOD VIBES TOUR in Malaysia

“Saya Perlu Akur dengan Keputusan Keluarga,” – Atikah Suhaime