in , ,

Fazura Lancar Aplikasi Gaya Hidup Islamik Di Alaf Baharu, MUKMIN PRO

Fazura lancar aplikasi gaya hidup Islamik, ‘Mukmin Pro’ yang serba moden dan selamat. Tahniah di atas pelancaran.

Pelakon dan usahawan terkemuka, Nur Fazura Sharifuddin atau lebih mesra dikenali sebagai Faz telah melancarkan sebuah aplikasi telefon mudah alih yang berkonsepkan gaya hidup Muslim di alaf baharu, Mukmin Pro beberapa hari sebelum kedatangan Ramadhan. 

“Alhamdullillah, Faz rasa sungguh bersyukur kerana satu lagi impian Faz telah dimakbulkan dengan pelancaran aplikasi #miliksemua ini,”

– Fazura
Fazura Lancar Aplikasi Gaya Hidup Islamik Di Alaf Baharu, MUKMIN PRO

Fazura berkata demikian semasa ditemui di majlis pelancaran, ‘Mukmin bersama Fazura’ di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. 

Antara kelebihan aplikasi Mukmin Pro adalah pengguna boleh mendapatkan pelbagai ciri khas secara percuma tanpa perlu bimbang kerana data pengguna adalah terjamin selamat. Selain dari itu, Mukmin Pro mempunyai antaramuka atau ‘interface’ yang lebih fokus dan menarik berlatarkan warna putih dan merah jambu terang, warna yang cukup sinonim dengan Fazura. 

Salah satu keunikan aplikasi Mukmin Pro juga adalah ianya mengandungi pelbagai video-video Islamik terbaik, sesuai untuk semua peringkat umur yang dikemas kini pada setiap hari dari navigasi video seperti YouTube dan TikTok. 

Fazura Lancar Aplikasi Gaya Hidup Islamik Di Alaf Baharu, MUKMIN PRO

“Mukmin Pro adalah aplikasi telefon mudah alih untuk gaya hidup Islam yang menawarkan pelbagai ciri dan perkhidmatan, menghubungkan umat Islam di seluruh dunia dan mereka yang berminat untuk mendekati Islam.”

“Apa yang membuatkan Faz lagi kagum dengan aplikasi ini adalah ianya turut menawarkan program- program seperti kelas mengaji dan Tahsin Al-Quran, program Wakaf Quran dan juga Infaq makanan kepada golongan yang memerlukan,”

– – Fazura

Pengguna Mukmin Pro juga dapat melaksanakan amalan-amalan seperti Qurban dan Aqiqah yang dijalankan di Mekah al-Mukarramah dengan mudah dengan pakej-pakej yang menarik dan mampu milik. 

Fazura Lancar Aplikasi Gaya Hidup Islamik Di Alaf Baharu, MUKMIN PRO

Selain itu, aplikasi ini turut didatangi dengan rangkaian audio bacaan zikir, doa-doa harian dan surah- surah al-Quran, serta waktu solat, Azan dan navigasi Qiblat yang lebih dipercayai. Navigasi masjid- masjid yang berdekatan turut disediakan untuk para Mukmin tak mengira dimana mereka berada. 

Aplikasi mudah alih Mukmin Pro kini boleh dimuat turun melalui aplikasi ‘App Store’ dan ‘Google Play’ secara PERCUMA. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AWAN

Mantan Nakhoda Kapal, Awan Lancar Single Kedua Berjudul JIWANG

Sufian Suhaimi & Inteam Bermunajat dalam DAMBA KASIH 2022