in , ,

[VIDEO] Fattah Amin Buka Mulut Jawab Isu Berkaitan MRP

Baru-baru ini nama pelakon kacak dan popular, Fattah Amin sedang hangat diperkatakan tentang satu isu viral di antara Fattah Amin dan syarikat MRP International Sdn Bhd (MRP). Pada jam 4 petang ini, Fattah Amin tampil menjawab isu ini.

Isu ini timbul apabila pihak stokis cuba mendapatkan wang mereka dari sistem credit MRP tetapi tidak berjaya dan sistem credit tersebut hanya boleh di akses oleh Encik Kamarul Ariff Bin Abd. Karim.

Sehubungan dengan isu ini, Fattah telah menerima pelbagai tuduhan kurang enak dikalangan pihak stokis bahawa beliau turut sama bersekongkol dengan pihak syarikat MRP dengan menipu stokis-stokis dalam sistem kredit syarikat kerana beliau merupakan salah seorang pengarah dalam syarikat tersebut.

Fattah Amin

Namun ramai yang tidak tahu bahawa hanya Encik Kamarul mempunyai akses dan mengawal sistem kredit dan sistem akaun syarikat secara langsung. Kami dari pihak Fattah ingin menegaskan bahawa Fattah tidak pernah bersekongkol atau berniat menipu pihak stokis.

Fattah sendiri sudah beberapa kali cuba menghubungi Encik Kamarul supaya memberi akses kepadanya untuk meneliti perjalanan wang syarikat namun gagal mendapat sebarang tindak balas.

VIDEO LIVE PENJELASAN FATTAH AMIN BERKENAAN ISU MRP

Oleh yang demikian bagi menjaga nama baik Fattah, Encik Fakhrul dari Azaine & Fakhrul Advocates & Solicitors telah pun dilantik sebagai peguam rasmi bagi membantu menyiasat dan menangani perkara ini.

Pada 13 Februari 2019, Encik Fakhrul telah pun menghantar notis kepada Encik Kamarul, supaya membenarkan pihak Fattah Amin untuk meneliti penyata kewangan syarikat dan menjalankan audit yang lebih terperinci.

Fattah Amin

Sehingga kini, pihak peguam Fattah masih lagi tidak menerima sebarang tindak balas dari pihak Encik Kamarul. Oleh yang demikian pihak peguam telah menyarankan Fattah untuk membuat aduan polis berkenanan isu ini.

Aduan polis telah pun dibuat pada 8 Mac 2019 di Balai Polis Jalan Dang Wangi. Laporan polis ini dibuat untuk memberi penjelasan kepada pihak stokis MRP dan orang ramai bahawa Fattah tidak menipu ataupun bersekongkol dengan pihak syarikat MRP.

Ini merupakan usaha sendiri Fattah bagi menyelesaikan masalah yang terjadi kerana ini sedikit sebanyak mencalarkan nama baik beliau.

“Kami berharap pihak media dan stokis tidak lagi menuding jari dan menyalahkan Fattah tanpa usul periksa kerana Fattah benar-benar terkesan dalam kemelut yang melanda ini.

Pihak kami berharap kes ini dapat diselsaikan dengan cara adil dan saksama dan menyerahkan kes ini kepada pihak berkuasa.”

– Encik Fakhrul dari Azaine & Fakhrul Advocates & Solicitors

Fattah Amin rasa bersalah dengan apa yang berlaku dalam kes ini kerana ia melibatkan peminat dan usahawan yang menjual produk ini.

Semoga kes ini dapat ditangani dengan sebaiknya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Awal Ashaari & Scha Alyahya Menang Tuntutan Saman RM345,305

Peraduan Menang Premium Edisi Terhad Filem Marvel Studios’ Avengers: Endgame