in , ,

NEO Wellness Pertaruh Rawatan Bekam Bersepadu

Amalan berbekam disifatkan sebagai rawatan integrasi atau bersepadu yang dipercayai berkesan dan baik untuk kesihatan.

Ia turut memberi manfaat malah amalan sunah Nabi Muhamad SAW sejak sekian lama. Bahkan menjadi antara kaedah merawat penyakit kronik.

Malah hingga kini, pusat berorientasikan rawatan yang sering disebut membuang darah kotor ini tumbuh bagai cendawan pada waktu pagi. Hinggakan masih ada segelintir masyarakat yang mempunyai persepsi tidak tepat mengenai rawatan bekam dan jurubekam.

Hakikatnya, ia bukanlah rawatan jalanan dan jurubekam sendiri perlu menjalani latihan sebelum memperolehi sijil kelayakan untuk melakukan prosedur berkenaan.

Photo_2022-02-03_11-43-28

Kumpulan Perubatan Neo Wellness turut menjadi antara syarikat 100 peratus milik bumiputera yang didaftarkan di bawah syarikat Neo Beqam Sdn Bhd dan berpengkalan di Kubang Kerian, Kelantan.

“Ia antara yang pusat perubatan yang menawarkan rawatan bekam sejak ditubuhkan pada tahun 2015.

“Ia ditunjangi saya sendiri (Prof Dr Ab Aziz Al Safi Ismail). Ia turut diiktiraf sebagai pusat amalan perubatan bersepadu yang dilengkapi peralatan berteknologi tinggi dan setanding perkhidmatan di hospital terutamanya untuk rawatan sakit kronik.

“Rawatan bekam klinikal yang kami tawarkan amat unik kerana ia berpaksikan prosedur operasi standard (SOP) ketat, bersih, selamat dan memberikan kesan perubatan yang positif,” kata Prof Dr Ab Aziz.

Mesin Hyperthermia2

Kaedah digunakan juga selari dengan protokol untuk mengubati pelbagai penyakit kronik.

“Lebih menarik, segala perundingan dan rawatan dipantau oleh saya sendiri serta dikendalikan oleh kakitangan terlatih dan berpengalaman” katanya yang pernah membuat kajian mengenai keberkesanan kaedah bekam merawat sakit kronik sebelum ini.

Kata Prof Dr Ab Aziz lagi, selepas lebih lima tahun beroperasi, hingga kini pusatnya tidak hanya dikunjungi dan dimanfaat penduduk sekitar, tetapi juga dari luar kawasan merangkumi seluruh negeri.

“Selama lima tahun ini juga kami sudah meraih kepercayaan pesakit dari serata pelusuk tempat yang menzahirkan ikhtiar untuk berubat terutama yang bergelut dengan sakit kronik seperti buah pinggang dan kanser. Malah kami menjadi satu satunya klinik yang mempunyai mesin ‘non-invasive. Lebih lanjut boleh klik https://linktr.ee/neowellnesshq ,”katanya.

Photo_2022-02-03_11-43-41

Beliau yang lebih 20 tahun berpengalamana dan dilatih dalam rawatan konvensional atau alopati, menimba ruang kerja sebagai pensyarah dan perunding di sebuah pusat rawatan diabetes yang juga hospital latihan di Kelantan.

“Ketika bekerja di situ, saya mendapati dua isu utama. Pertamanya, peningkatan mendadak peratusan pesakit diabetes saban tahun.”

“Keduanya, sakit diabetes ini pada akhirnya akan berdepan kemungkinan komplikasi seperti kegagalan buah pinggang berfungsi, serangan jantung, strok dan gangrene.

“Komplikasi ini terjadi walaupun ada alternatif ubat ubatan dan pendekatan lain dalam rawatan diabetes. Pokok pangkalnya ia kena dicegah sebelum merebak. Jadi berubatlah dengan berbekam dan dibantu dengan pelbagai peralatan canggih di Neo Wellness,” katanya.

Kumpulan perubatan turut dilengkapi dengan pelbagai mesin dan peralatan canggih dan termaju seperti hipertermia, ECP dan CTU dan i-tera bagi mempercepatkan proses pemulihan.

‘Hipertemia atau dikenali sebagai terapi haba dianggap salah satu keadah perubatan bersepadu perlu diguna pakai sebagai terapi. Ia agak baru sebagai prosedur klinikal, di mana tisu badan terdedah kepada suhu tinggi yang boleh merosakkan dan membunuh sel penyakit kronik dan tidak pada tisu normal.

“Dalam tempoh dua dekad yang lalu, hipertermia telah digunakan sebagai pelengkap yang cekap kepada rawatan standard terapi seperti terapi sinaran dan kemoterapi. Perkhidmatan ini merupakan yang pertama di Pantai Timur yang dijalankan di Neo Wellness.

“‘Deep Heat’ dihasilkan untuk mencairkan dan mengeluarkan bahan buangan badan dengan meningkatkan peredaran dalam sistem limfa dan darah serta merangsang dalam menghasilkan kolagen dan elastin, meningkatkan mekanisme pertahanan badan supaya bertambah baik,” katanya.

Hipertemia turut berupaya meningkatkan sistem pertahanan badan dangan mengaktifkan sel Natural Killer atau (NK Cell).

“Ia juga dapat merawat jangkitan virus atau bakteria, meningkatkan peredaran darah dan kandungan oksigen dalam badan serta merawat kesakitan pada otot dan sendi.

“Kecederaan disebabkan aktiviti sukan juga boleh dipraktikkan menerusi cara ini. Tak ketinggalan merawat sindrom Raynaud yang menyebabkan jari tangan dan kaki kebas, luka atau kudis disebabkan Diabetes, penyakit berkaitan darah tinggi dan strok, masalah mati pucuk dan jantung,” katanya.

Dalam pada itu, pusat berkenaan juga berhasrat untuk mewujudkan lebih banyak banyak pusat rawatan.

“Sekurang kurangnya satu negeri ada satu pusat rawatan bagi memudahkan pesakit yang memerlukan rawatan bekam dengan cepat dan berkesan.

“Kami mahu menaiktaraf sistem sedia ada supaya boleh terus memberi lebih lagi nilai tambah kepada pesakit.

“Hingga kini kami terus mengikat kesetiaan ramai pesakit dan penggunanya,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Chris Hemsworth | 19

“AVENGERS: ENDGAME Adalah ‘Filem Terakhir Avengers’, – Kevin Feige

Inteam 2020 | 20

#CABARAN12JAMSYRIA Bersama Inteam Misi Bantuan Kemanusiaan Musim Sejuk Syria