in , ,

Master In The House Malaysia Berada Di Dalam Hati Son Sung Deuk

Members Master In The House Malaysia bertuah apabila Son Sung Deuk menjadi master untuk 2 episod terakhir ini.

Dalam kesibukan beliau bersama kumpulan k-pop BTS yang kini sedang mengadakan konsert dari 10 hingga 13 Mac ini, Son Sung Deuk masih sempat lagi untuk repost promo episod ke 9 program ini menerusi instagram rasmi @masterinthehousemy dan membalas mesej members di instagram peribadi beliau. Ini membuatkan BTS ARMY Malaysia (fanbase) tidak sabar untuk melihat episod istimewa ini.

Son Sung Deuk yang merupakan Pengarah Persembahan HYBE Studio dan koreografer kepada kumpulan BTS telah berkongsi tips kepada members cara-cara menari mengikut k-wave.  Keterujaan members dapat dilihat dari riak wajah mereka ketika berlatih. Mahukan tidak, bukan senang untuk bertemu dengan orang penting yang telah menaikkan nama BTS di mata dunia! Apatah lagi apabila Son Sung Deuk mengajar mereka menari.

SSD Berbalas mesej bersama Members MITHM

Pengalaman ini pastinya tidak dapat dilupakan oleh Hael Husaini, Scha Elinnea, Sharifah Rose, Andi Bernadee dan Meyrasam (kumpulan CASSIA). Peluang memasuki HYBE Studio di samping dapat mempelajari tarian bersama Son Sung Deung merupakan satu pengalaman berharga yang mungkin hanya akan datang sekali seumur hidup! Berlatih di dalam studio yang menjadi tempat latihan kepada kumpulan BTS.

SSD Repost IG MITHM

Paling tidak dapat dilupakan apabila members masak masakan Malaysia kegemaran Son Sung Deuk. Nak tahu masakan apa, jangan ketinggalan saksikan malam esok. Serta dapatkah members mempelajari gerak geri tarian yang disampaikan oleh master? Bagaimana master memberi reaksi beliau terhadap members kerana ada antara mereka bukan penari? Dan siapa pula yang berjaya menawan hati master dan sekaligus mendapat pujian? Semua terjawab dalam Master In The House Malaysia pada 12 Mac 2022 (Sabtu) pukul 10.00 malam hanya di TV3. 

Master In The House Malaysia menampilkan CheongKwanJang (CKJ) sebagai penaja utama, Lifebuoy  sebagai penaja bersama dan dikuasai oleh Samsung Galaxy Z Flip3 5G.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Juki Buat Kemunculan di Showcase Dolla Dengan Single Pertama, PACU

SAJAT

Australia Banjir Teruk Sampai Darurat, Netizen Kata, Semua Sebab Sajat