in ,

Aturcara Menarik Karnival Jom Heboh di Putrajaya

Acara padang terbesar TV3, Karnival Jom Heboh kembali dalam siri jelajah yang ke 12 dengan pelbagai aktiviti rekreasi dan riadah serta kandungan program yang terbaik dan menarik! Meraikan 12 tahun kemeriahan, Jom Heboh edisi 2014 meneruskan siri jelajah di Putrajaya pada hari Sabtu dan Ahad ini dengan konsep segar yang bakal menggegarkan lokasi-lokasi terpilih di seluruh negara.

Jom Heboh bakal menemukan para pengunjung dengan barisan personaliti TV3 dan artis-artis popular tanahair, antaranya Ally Iskandar, Hazlin Hussain, Maria Tunku Sabri, Fiza Sabjahan, Nor Azzura, Nurul Fariha On, Teh Syuhaida, Zaim Helmi, Dazrin, Shah iskandar, Zoey Rahman, Ika Nabila, Almy Nadia, Siti Elizad, Izreen Azminda dan ramai lagi.

Karnival Jom Heboh

24 MEI 2014 (SABTU)

Acara : Majlis Pelancaran RIUH DI BRAZIL

Disempurnakan oleh: YB Khairy Jamaluddin, Menteri Belia & Sukan Malaysia dan Encik Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen MPB

Waktu : 1.00 petang

Tempat : Pentas Utama, Karnival Jom Heboh, Presint 3, Putrajaya

Aturcara : 1.00 petang – Ketibaan tetamu jemputan

1.50 petang – Kata-kata aluan daripada pengerusi majlis

2.00 petang – Gimik pelancaran Riuh di Brazil oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan

2.05 petang – Tayangan visual Riuh Di Brazil

2.10 petang – Penyerahan cenderahati dan sesi bergambar

2.30 petang – Lawatan tapak Karnival Jom Heboh, Putrajaya dan penyampaian sumbangan di booth Bananana! Land

Acara : KONSERT MINI JOM HEBOH 2014

Waktu : 5.00 petang – 7.00 petang

Tempat : Pentas Utama, Karnival Jom Heboh, Presint 3, Putrajaya

Artis : Nicky Astria, Atai, Sleeq, Awie Rafael, Ainan Tasneem

(Pengacara : AG Hot FM & Kumpulan Tokan BMB 2)

25 MEI 2014 (AHAD)

Acara : KONSERT MINI JOM HEBOH 2014

Waktu : 5.00 petang – 7.00 petang

Tempat : Pentas Utama, Karnival Jom Heboh, Presint 3, Putrajaya

Artis : Drama Band, Amir Jahari, 6ixth Sense, Hyper Act

(Pengacara : Kumpulan Titan *BMB 1)

Datanglah beramai-ramai untuk memeriahkannya! Jumpa anda di sana!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama Bersiri Tuan Rumah Pembantu Rumah

Tegar Akui Pernah Ditipu Pengurus Sendiri