in ,

Tegar Akui Pernah Ditipu Pengurus Sendiri

Penyanyi cilik berbakat besar Indonesia, Tegar telah mendedahkan telah ditipu oleh bekas pengurus sendiri. Penyanyi yang bikin fenomena berusia 13 tahun ini berkata, keadaan bertambah buruk apabila dia tidak dapat merasai wangnya sendiri selain hanya diberi makan tauhu dan tempe.

Tegar

“Sumber kewangan saya disekat. Malah saya diberi makan tauhu dan tempe sahaja seperti ketika saya mula-mula menjadi penyanyi jalanan dahulu. Malah, saya tidak dapat membeli apa-apa benda yang diinginkan kerana bekas pengurus itu tidak memberikan kepada saya. Kononnya mahu saya berjimat dan sentiasa ingat asal usul. Tetapi wang hasil titik peluh saya, semua dia ambil. Mujurlah saya bertemu dengan seorang lelaki yang boleh dipercayai untuk membantu saya lari daripada bekas pengurus tersebut.”

Sementara itu, pengurus barunya yang bernama Arif Dollah berkata, selepas mendapat tahu mengenai masalah Tegar, dia telah ‘melarikan’ penyanyi itu ke Bandung selama seminggu dan kemudian meminta Tegar untuk dilepaskan.

“Selepas membaca semula kontrak Tegar, ia didapati tidak sah dan hal tersebut membuatkan masalah itu lebih mudah diselesaikan. Dua bulan lalu, saya larikan Tegar ke Bandung sehinggalah pengurus itu membuat keputusan untuk tidak menguruskannya lagi. Dan sekarang ini, barulah Tegar dapat merasa wang hasil daripada titik peluhnya dengan membeli sebanyak dua buah motosikal KTN Motorcross selain membeli beberapa bidang tanah sawah untuk bapa tirinya,” kata Arif.

Malah penyanyi yang popular menerusi lagu Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang ini juga membeli tiga gitar akustik dan tiga buah lagi ukulele untuk digunakan ketika membuat persembahan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aturcara Menarik Karnival Jom Heboh di Putrajaya

Sam Adnan Dilantik Jadi Duta Felda Wellness