in

Nia Ramadhani, Suami & Pemandu Peribadi Dihantar Ke Pusat Pemulihan Dadah

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai selebriti terkenal Indonesia Nia Ramadhani bersama suaminya, Ardi Bakrie yang ditahan polis atas tuduhan penyalahgunaan dadah jenis syabu.

Malah, Nia juga mengakui sudah mengambil dadah sejak lima bulan lalu. Terbaru, Nia bersama suaminya tampil memohon maaf dalam sidang media di Balai Polis Metro Jakarta Pusat, semalam.

Dalam sidang media tersebut, Nia tertunduk dan menangis teresak-esak serta menyesal di atas perbuatannya itu. Malah, dia mengakui sepatutnya menjadi contoh baik memandangkan dia merupakan public figure.

“Dengan kerendahan hati saya memohon maaf perbuatan ini kepada semua pihak khususnya keluarga, sahabat yang sudah menaruh kepercayaan kepada saya.

“Saya Nia Ramadhani Bakrie mengaku bahawa apa yang saya lakukan tidak sepatutnya menjadi contoh yang baik kepada orang awam. Saya seharusnya memberikan contoh yang baik untuk anak dan orang-orang di sekeliling saya,” katanya.

Dalam pada itu, Nia turut memohon maaf kepada kedua ibu bapanya serta keluarganya dan berharap mendapat keampunan daripada Allah.

“Saya berharap melalui penyataan saya ini biasa dibukakan pintu maaf yang sebesarnya dari semua pihak terutama orang tua saya dan keluarga besar saya, terutama anak-anak saya, terutama pengampunan dari Allah,” katanya.

==

Nia Ramadhani Menangis Mohon Maaf Ambil Syabu

Ekoran penahanan dalam penyalahgunaan dadah pada Rabu lalu, pelakon popular Indonesia, Nia Ramadhani, 31, bersama suaminya, Ardi Bakrie dan pemandu peribadi yang dikenali sebagai ZN akan dihantar ke pusat pemulihan, hari ini. 

“Mungkin hari ini akan berangkat ke pusat pemulihan,” kata peguam Nia, Nur Zainab. 

Bagaimanapun, belum diketahui waktu dan lokasi ketiga-tiganya akan memulakan pemulihan. Terdahulu, Nur Zainab mengesahkan Nia, Ardi dan ZN menerima cadangan Badan Narkotika Nasional (BNN) untuk menjalankan pemulihan. 

Sementara itu, Ketua Polis Metro Jakarta Pusat, Hengki Haryadi menjelaskan, Nia dan Ardi ditahan di bawah Akta 127 Undang-Undang Nombor 35 Tahun 2009 Bahagian Narkotik. Sesuai dengan akta itu, pasangan itu dikategorikan sebagai pengguna dadah. 

Hengki menjelaskan, pengguna dadah wajib menjalankan pemulihan mengikut undang-undang tersebut. 

“Saya mahu menjelaskan, dakwaan mengatakan perkara ini tidak diproses mengikut Akta 127 adalah tidak benar. Setiap pengguna dadah perlu menjalani pemulihan. Ini adalah kewajipan undang-undang,” jelasnya. 

Merujuk undang-undang, Hengki berkata, Nia dan Ardi akan dihantar ke pusat, bagaimanapun proses pemulihan tidak ditentukan oleh polis, sebaliknya BNN. 

“Pemulihan tidak ditentukan oleh polis. Jika ada permintaan keluarga, kami akan memudahkannya. Ia akan dilaksanakan oleh pasukan penilaian bersepadu membabitkan BNN, pendakwa raya, doktor, psikiatri dan penyiasat di luar Jakarta Pusat,” ujarnya. 

Dalam masa sama, Hengki turut menepis dakwaan orang ramai yang mendakwa pasangan suami isteri itu menerima layanan istimewa. Hengki berkata, tiada unsur pilih kasih dalam mengendalikan kes berkenaan. 

Terdahulu, menerusi sidang media, semalam, Nia menangis teresak-esak memohon maaf. Pelakon sinetron ‘Bawang Putih Bawang Merah’ itu bersama suami mengakui, menyesal dengan perbuatan dilakukannya dalam penyalahgunaan dadah. 

Nia dan Ardi meminta masyarakat tidak meniru perbuatan mereka, malah sedar apa yang dilakukan selama ini satu kesalahan dan melanggar peraturan. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Atikah Suhaime | 23

Atikah Suhaime Pelik dengan Algoritme IG, Kurang Dapat ‘Like’ Tapi Pengikut Ada 1 Juta

Rita Rudaini | 24

Tak Perlu Paksa Warga Emas Cucuk Vaksin, Sekali Rita Rudaini Kena Kecam Netizan