in ,

Atikah Suhaime Nafi Gambar Bogel Itu Melibatkan Dirinya & Idris Khan

Ketika heboh penyebaran foto bogel dua orang pelakon, seorang yang dikaitkan dalam foto berkenaan iaitu pelakon Atikah Suhaime tampil menafikan dia individu yang dimaksudkan selama ini.

Atikah, 25, yang berasal dari Singapura turut memberitahu dia tidak melihat gambar kontroversi itu yang turut mengaitkan pelakon Idris Khan.

Atikah Suhaime Nafi Gambar Bogel Itu Melibatkan Dirinya & Idris Khan

Foto Bogel 1.jpg

Gambar dari Portal Mstar Online

“Itu bukan saya, saya langsung tidak lihat gambar tersebut. Hanya ibu saya sahaja yang lihat.

“Ibu menasihatkan saya agar bersabar sahaja,” ujarnya ketika ditemui pada majlis previu filem Volkswagen Kuning, di sini, malam Selasa.

Atikah menjawab kontroversi gambar bogel yang tersebar di Internet sehari sebelum Hari Raya Aidiladha lalu.




Pelakon yang popular dengan filem Highland Tower itu juga kelihatan tenang sepanjang diajukan soalan daripada media berhubung perkara berkenaan.

Selain itu, Atikah berkata, dia menyerahkan urusan bagi membuat laporan polis kepada pihak pengurusannya MIG Talent selain mereka mahu menyiasat dalang disebalik penyebaran gambar berkenaan.

“Saya tidak boleh cakap banyak cakap tentang perkara ini dan akan menyerahkan kepada syarikat pengurus untuk menyiasatnya,” ujar Atikah.

Terdahulu, pada tahun lalu, Atikah turut dihimpit kontroversi kononnya mempunyai video seks bersama dua pelakon lelaki iaitu Idris Khan dan Ammar Alfian.

Bagaimanapun, Atikah tampil menafikan berita berkenaan dan meminta pihak penyebar khabar angin itu agar menunjukkan bukti.

Sumber: Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Angelina Jolie & Brad Pitt Failkan Cerai Gara-Gara Tiada Persefahaman

Haziq Rosebi Kongsi Gambar Anak lelaki Yusuf Zidane di Instagram