in , ,

Astro Ulti Box Kini Boleh Strim Netflix Pada Definisi Tinggi (HD) Mulai Hari Ini

Mulai hari ini, Netflix akan tersedia untuk penstriman pada Definisi Tinggi (HD) menggunakan Astro Ulti Box untuk menonton filem atau rancangan.

Penambahan Netflix pada Ulti Box hadir selepas pelancaran Netflix pada 4K UHD melalui UItra Box Astro pada November lalu dengan pek Astro serba baharu. 

Bagi pelanggan Astro yang kini menggunakan Ulti Box, mereka boleh menaik taraf pek semasa mereka kepada mana-mana pakej baharu Astro kepada Entertainment Plus dengan Netflix untuk menikmati penjimatan yang lebih besar dan kemudahan membayar bil. 

Astro-Ulti-Box-now-streams-Netflix

Pelanggan Astro sedia ada dengan Pek Entertainment Plus atau Netflix boleh mengakses Netflix pada Ulti Box melalui skrin utama dengan memilih aplikasi Netflix atau menukar ke saluran 741.

Pelanggan baharu Netflix dan Astro tanpa Pek Entertainment Plus boleh mendaftar untuk Netflix apabila mereka melancarkan Netflix daripada skrin utama dan klik pada “Join Now”.

Oleh yang demikian, mana-mana pelanggan Astro yang menggunakan Ulti Box boleh menaiktaraf pelan sedia ada bagi menikmati Netflix dalam satu bil.

Astro Ulti Box merupakan kotak Astro yang jauh lebih kecil dan kompak berbanding Ultra Box. Ia mempunyai kemampuan resolusi HD dan juga Wi-Fi.

Bagi pelanggan Astro yang sudah melanggan Entertainment Plus Pack atau Netflix, anda boleh akses Netflix menerusi paparan utama (Home Screen) dan pilih aplikasi tersebut untuk melancarkannya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Grup Baru, SPARKGIRLS Pertaruh Single Pertama Berjudul BLOODY LOVE

Astro Umum Kerjasama Jangka Masa Panjang, Dah ‘Lock’ Novel Siti Rosmizah