in , ,

Ashraf Sinclair Kena Tampar Dalam Filem Saus Kacang?

Dalam sejarah Indonesia tercatit beberapa pasangan suami isteri yang berlakon bersama di dalam sesebuah filem. Sebut saja pasangan suami isteri dan tergambar almarhum Sophan Sophiaan-Widyawati, Jamal Mirdad-Lidya Kandou, Rhoma Irama-Ricca Rahim, Pangky Suwito-Yati Octavia, Frans Tumbuan-Rima Melati, Ray Sahetapy-Dewi Yull, hingga Herman Felani-Muthia Datau. Di Malaysia pula ia mengikut jejak langkah Allayarham dan Allahyarhamah P. Ramlee dan Saloma.

Kini tradisi ini diteruskan oleh pelakon dan penyanyi dari Indonesia Bunga Citra Lestari dan pelakon tanah air kita Ashraf Sinclair. Juga setelah sekian lama; seorang pelakon dari Malaysia mendapat kepercayaan dari pembikin filem Indonesia untuk menjadi pelakon utama filem. Ini meneruskan kejayaan silam Raja Ema; Fauziah Ahmad Daud; Amy Search dan Imuda beberapa dekad yang lalu.


 
Di Indonesia sambutan terhadap filem SAUS KACANG ini membawa kejayaan yang amat memberangsangkan apabila mendapat pembelian tiket menjangkau 285,000 penonton untuk tayangan 8 hari sahaja. Kini ia telah mencecah penjualan tiket sebanyak 410,000 penonton.

Sambutan peminat filem Indonesia terhadap Saus Kacang berkisar kepada alunan jalan cerita berlandaskan lawak bersahaja (situational comedy) dan lakonan yang berkesan lalu membuat mereka yang menonton tersenyum dan terhibur. Filem arahan sutradara Indrayanto Kurniawan ini ternyata memberi satu “escapism” untuk penonton yang sering dihidangkan dengan filem seram dan juga aksi mendebarkan sejak kebelakangan ini.

Kini, penonton Malaysia berpeluang melihat kehebatan pasangan suami isteri dua negara iaitu Bunga Citra Lestari-Ashraf di layar perak Malaysia pada 19 Mac nanti.. Filem ini juga memaparkan kebudayaan dan permandangan indah Bali kepada masyarakat Malaysia.

Filem SAUS KACANG juga menampilkan lakonan dan kehadiran ulung kumpulan SAMSONS di layar perak. Penyanyi utama SAMSONS ; Bams melakonkan watak penting di dalam filem ini. Selain daripada itu; peminat SAMSONS boleh menyaksikan kumpulan tersebut menyanyikan lagu PENANTIAN HIDUP versi unplugged.

Bunga Citra Lestari selain daripada mempromosikan filem SAUS KACANG turut mempromosikan album terbaru berjudul “BCL” yang mana 6 lagu ditampilkan di dalam filem tersebut termasuk lagu hit “AKU PASTI DATANG”.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Profile Nas Adila Akademi Fantasia 7

Profile AMIM AF7