in ,

Ashraf Muslim Sudah Bernikah Dengan Sakinah di Thailand?

Di bulan puasa yang penuh godaan dan cabaran ini, Budiey terkedu seketika membaca berita terbaru tentang Asyraf Muslim. Akhirnya segala misteri sudah terjawab. Hari ini semua kecoh apabila mendapat tahu tentang hal sebenar. Mengapa perlu dirahsikan sebelum jika orang akan tahu juga. Spekulasi selama ini mengatakan pelakon dan pengamal perubatan Islam Ashraf Muslim bakal berkahwin dengan gadis bernama Sakinah bukan lagi khabar angin semata-mata, katanya.

Memetik laporan mStar online, Mahkamah Tinggi Syariah hari ini diberitahu pemilik nama sebenar Mohd. Ashraf Muslim, 32, sudah bernikah kali kedua dengan wanita yang digosipkan dengannya itu atau nama sebenarnya, Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, di Thailand pada hari Ahad lalu. Argh, macam tak percaya je, kan? Tapi ini dah jadi bahan berita.

Hakim Syarie Muhammad Abdul Karim Wahab membenarkan Ashraf menarik balik permohonannya untuk berpoligami yang difailkan pada hari ini (Rabu) selepas dia mengaku telah bernikah dengan wanita tersebut.

Ashraf turut memiliki isteri pertama iaitu Noor Dayana Lokman, 26, yang juga anak kepada pengasas Pusat Perubatan Islam Al Hidayah di Setiawansga.

Mereka bernikah di Mekah pada 30 Ogos 2011 dan tidak memiliki zuriat.

Berikutan pengakuan Ashraf itu, mahkamah memerintahkannya membayar kos mahkamah sebanyak RM8,000 kepada Noor Dayana.

asyraf muslim

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Time To Reload & Win a Watch Beri Kejutan

Review Hotel All Seasons Jakarta Thamrin