in , ,

As’ad Motawh Tak Pernah Kemurungan Biarpun Sering Dikecam Netizen

Walaupun sering dikecam netizen, namun perkara itu tidak menjatuhkan semangat penyanyi muda, As’ad Motawh untuk meneruskan kerjayanya dalam bidang seni.

Menurut As’ad, 18, dia kini semakin terbuka dalam menerima kecaman dan komen negatif netizen malah hal-hal sedemikian tidak pernah membuatkan dirinya tertekan mahupun berada dalam fasa kemurungan.

“Saya pernah kena kecam teruk, mereka kata suara saya tak sedap dan ketika itu umur baru sahaja 16 tahun, budak lagi memang saya rasa sedih tapi tidaklah sampai rasa tertekan atau depresi. 
“Bagi saya, insiden itu juga yang menjadikan diri saya lebih kuat untuk berhadapan dengan sebarang kecaman selepas itu. Sekarang eaya jadi macam dah tiada perasaan apabila dikecam. 
“Saya ambil kecaman dan kritikan negatif secara positif, mungkin disebabkan itu saya dah tak rasa apa-apa bila dikecam.
“Kalau ada pun yang beri komen negatif, saya akan balas balik dengan nada positif. 
“Kadang-kadang peminat ini dekat media sosial sahaja lantang bersuara tapi bila jumpa depan-depan mereka akan ajak bergambar dan saya pun layankan sahaja,”

– As’ad Motawh

As’ad Motawh ditemui media semasa menghadiri majlis sidang media Shopee MAKNA Big Sale 11.11 yang berlangsung di W Hotel, Jalan Ampang, Kuala Lumpur semalam.

Dua tahun lalu As’ad pernah dikecam apabila suaranya dikatakan sumbang dan tidak boleh menyanyi secara ‘live’ ketika menjayakan sebuah program hiburan di Indonesia.

Dalam rancangan itu, Asad menyanyikan lagu Asalkan Kau Bahagia yang merupakan dendangan asal Armada Band.

Dalam pada itu, As’ad meluahkan rasa syukur apabila buat kali pertama, single terbaharunya yang berjudul Selamanya tidak menerima kecaman daripada netizen. 

Bagi As’ad, dia menyedari ada segelintir netizen tidak berniat untuk melemparkan kata-kata negatif sebaliknya mereka hanya lebih mahukan perhatian daripadanya. 

“Alhamdulillah saya sangat bersyukur apabila lagu terbaharu saya iaitu Selamanya tidak ada orang kecam buat pertama kali. Ramai orang memberi respon yang positif mengenai lagu tersebut. 

“Saya gembira dengan perkhabaran itu sampaikan saya buat sujud syukur apabila tidak ada komen-komen negatif yang diterima,” ujarnya sambil berseloroh.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anuar Zain & Dayang Nurfaizah Mahu Rakam Lagu Duet

Video Apak Bersama Osama Yamani Trending di Youtube Malaysia