in , , ,

Artis Melaram di Malam Gala Rafflesia 2011

Gambar Selebriti di Malam Gala Rafflesia 2011: Part 2

Kalau nak kira, memang grand dan happening event malam semalam. Bayangkan lebih kurang 50 orang selebriti ternama disenaraikan untuk hadir di Malam Gala Rafflesia 2011. Tetamu jemputan pula dihidangkan dari masakan yang sedap-sedap dan eksklusif. Bertemakan Glam Gold, semua artis yang hadir dipakaikan busana yang menepati tema Gold & Glamour. Ya, memang glamor dan tak kurang pula ada pakaian yang dipakai telah menimbulkan kontroversi.

TONTON VIDEO ARTIS MELARAM DI MALAM GALA RAFFLESIA:

Malam Gala Rafflesia yang disambut bersempena dengan Anugerah Bintang Popular 2010 yang akan berlangsung pada 3 April ini diadakan di Ballroom, Le Meridein Hotel, Kuala Lumpur pada jam 8 malam.

Antara selebriti yang memeriahkan jamuan makan malam ABP Rafflesia Mandalay ialah pelakon Elaine Daily, pelakon Liyana Jasmay, model Zahnita, pelakon Juliana Evans, pelakon Wan Sharmila, pelakon Intan Ladyana, pelakon Memey Suhaiza, pelakon Diana Danielle, model Amber Chia, pelakon Irma Hasmie, penyanyi Deja Moss, pelakon Fahrin Ahmad dan pelakon Norman Hakim. Tak dilupakan Rafflesia & Mandalay juga turut menjemput artis-artis baru seperti Bkay (Ratu The Movie), Kilafairy, Adeline Tsen, Ana Dahlia dan Dottie. Semua selebriti yang hadir memperagakan pakaian berwarna keemasan penuh dengan citarasa glamor di tahap maksima.

Turut serta adalah pereka fesyen terkenal yang mereka pakaian yang diperagakan oleh selebriti tersebut seperti Rizman Ruzaini, Hatta Dolmat, Hazwani, Nik Erwan Roseli, Zery Zamry, Ariff Shukor, Riffai, Wan Huzairil, Wanpa, Bill Keith, Saiful Bahrim dan Lord’s Tailor.

Sepanjang majlis makan malam itu, tetamu yang hadir turut dihidangkan dengan persembahan nyanyian oleh penyanyi Maulana, Deja Moss, Diana Danielle, Haziq dan Kilafairy.

Selain menikmati juadah makanan, tetamu juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah tajaan Rafflesia dan Mandalay.

Ini gambar selebriti yang sempat Budiey ambil.

Malam Gala Rafflesia

Nasha Aziz

Malam Gala Rafflesia

Amber Chia

Malam Gala Rafflesia

Carmen Soo

Malam Gala Rafflesia

Diana Johor

Malam Gala Rafflesia

Fazlon

Malam Gala Rafflesia

Malam Gala Rafflesia

Malam Gala Rafflesia

Adeline Tsen

Malam Gala Rafflesia

Wan Sharmila

Malam Gala Rafflesia

Bkay Nair

Malam Gala Rafflesia

Intan Ladyana

Malam Gala Rafflesia

Iqram Dinzly

Malam Gala Rafflesia

Maulana

Malam Gala Rafflesia

Rozita Che Wan

3 Comments

Leave a Reply
  1. Apa yang Amber Chia ni dah buat kat muka dia, sampai dah nampak macam kuda dah.

  2. sapa kilafairy tu???…penyanyi ke pelakon…glamer je tp tak pernah kuar tv…kalo rohana jalil kenal la…lagu Rayuanku tu feveret ku….

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Man Juara Raja Lawak 5

Miera Leyana Minta Maaf Pakai Baju Seksi