in , ,

Miera Leyana Minta Maaf Pakai Baju Seksi

Miera Leyana Minta Maaf, Tak Sedar Baju Terlampau Seksi

Dari saat pelakon Miera Liyana masuk ke dewan Ballroom, Hotel Le Meridien hinggalah saat ini, medan Twitter dan Facebook begitu meriah tak henti-henti menyebut nama Miera Liyana. Sekaligus, nama pelakon yang masih mentah ini terus meningkat dan diperkatakan ramai. Apa taknya, pakaian yang dipakai oleh pelakon ini dikatakan tidak sesuai dengan budaya masyarakat Malaysia. Baju yang terlalu seksi itu hanya sesuai untuk artis Hollywood sahaja. Budiey sebagai pemerhatI tak bergaji ni dapat melihat dan membaca macam-macam komen dan kritikan pedas dari orang ramai hasil dari kejadian ini.

Hingga ada yang mahukan peminat banned nama pelakon yang semakin meningkat naik ini. Rasanya, berilah peluang kedua untuk Miera. Dan Miera pula jangan pula melatah dengan kritikan pedas orang ramai.

Kadang-kadang, terfikir juga mengapa Miera tak menolak sahaja baju yang diberikan oleh pereka fesyen dan memilih baju yang lebih sesuai. Atau Miera dah terbiasa dengan pakaian seperti ini semasa pertunjukan fesyen di Paris dan di luar negara. Sedikit sebanyak mungkin pengaruh dari pengalaman masa di oversea tu buat Miera tak berjaga-jaga.

Oh ya, realitinya, Miera ni sebenarnya memang suka melatah bila diusik-usik atau digeletek oleh kawannya.

miera
Gambar: Miera Liyana dalam satu adegan drama lakonannya.

Namun, pada hari ini, Miera Leyana telah memohon maaf maaf pada semua dalam kenyataannya di Portal Mstar Online.

Diharap Miera Liyana menerima teguran dan kritikan orang ramai. Seterusnya menjadikan apa yang berlaku satu pengajaran dan tak patut diulangi di masa akan datang.

Selamat maju jaya Miera Liyana.

KUALA LUMPUR: Pelakon Miera Leyana memohon maaf kepada semua pihak atas kesilapannya mengenakan pakaian seksi sehingga menampakkan sedikit sisi payudaranya.

Katanya, dia tergesa-gesa memilih pakaian rekaan Wan Huzairil tersebut pada pagi Jumaat lalu untuk menghadiri majlis makan malam anjuran Rafflesia dan Mandalay di Hotel Le Meridien, di sini, pada hari yang sama.

“Saya memohon maaf kepada yang tidak menyenangi apabila melihat saya berpakaian seperti ini. Saya tidak sempat mencuba terlebih dahulu pakaian ini kerana baru mendapatnya daripada pereka fesyen pada pagi tadi.

Saya sendiri yang memilih pakaian ini kerana nampak sangat cantik dan lain dari lain. Tak sangka pula apabila pakai, jadi seperti ini.

Kalau saya pakai tiub, nampak tak cantik pula sebab pakaian ini terdedah di belakang.”

– Miera Leyana

Bagaimanapun, pelakon filem Apokalips yang bakal muncul di pawagam ini akan berhati-hati memilih pakaian agar tidak berlaku insiden seperti itu.

‘Baju yang direka oleh Wan Huzairil untuk majlis berkenaan, memang direka untuk fesyen sedemikian. Pada cubaan kali pertama setelah siap, ianya agak besar dan saya telah meminta untuk dia mengecilkan sedikit saiz baju berkenaan,” cerita Miera.

“Dan selepas dari itu, saya tidak mencubanya, sehinggalah pada petang acara itu akan diadakan, sekitar jam 7 malam. Sekali imbas, saya melihat ianya sebuah baju yang cukup cantik dan sesuai dengan saya.”

– Miera Leyana”

Mengenai jawapan Miera Leyana dalam sesi temuramah yang dikatakan cukup puas hati dan selesa dengan baju yang dipakainya pada acara berkenaan, dia menjawab, “Pada waktu berkenaan, saya tidak perasan yang baju berkenaan begitu ‘menjolok mata.’ Jadi jawapan pada ketika itu berdasarkan rekaan baju berkenaan yang cukup selesa dan sesuai dengan citarasa saya.”

“Mengenai jawapan saya mengenai, nampak sedikit sahaja, ianya satu jawapan yang tidak menjurus ke arah konteks yang saya berbangga dengan apa yang dilakukan, tetapi lebih kepada situasi berkenaan dan tidak menjangka akan memberi impikasi yang kurang senang kepada orang lain,” tambah Miera Leyana lagi.

Diminta mengulas mengenai penyebaran gambarnya dalam majlis berkenaan, yang diambil secara sembunyi dan menampakkan bahagian tidak sepatutnya, di beberapa laman sesawang dan forum, Miera berkata, “saya agak terkilan dengan penyebaran gambar berkenaan yang diambil secara sembunyi (gambar amatur) dan dimuatnaik ke laman sesawang tertentu. Saya telah melakukan kesilapan, tetapi saya merasakan tidak wajar diperlakukan sedemikian. Hidup saya seperti diburu paparazzi Hollywood.”

“Saya akui yang baju rekaan Wan Huzairil itu agak seksi dan ianya satu langkah agak berani untuk memperagakannya. Untuk sekian kali,dengan rasa rendah diri dan ikhlas, saya memohon maaf atas apa yang berlaku.”

Miera mula tidak selesa mengenakan pakaian tersebut setelah ramai yang memerhatikannya dengan pandangan pelik dan ada juga yang datang kepadanya untuk menegur.

“Saya bersedia menerima teguran orang ramai dengan terbuka tentang pakaian saya ini dan berjanji tidak akan melakukan kesilapan yang sama,” akhiri pelakon drama Luna Fantasiku dan Kamelia Katrina ini dalam nada kesal.

Miera Liyana THEN & NOW

Miera Leyana
miera-liyana

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. xkn sblum pakai die lnsg x prsan..n then kalo x prsan,n org mula berckp knpe nk tunggu n hadirkn diri dgn pkaian tu..x kn x boleh balik umah kjp ur tukar bju ur beli jer bju kt mall tg berdkatan..erhmm alsan mcm tu.. x boleh trima lh zmn skrg ni..aduhhh..pelik lh..iktibar,istgfr n doa..

  2. ini alasan yg dia bagi dalam paper berita harian..

    “Bagaimanapun, saya mengenakan kerongsang besar cuma mungkin pergerakan saya lasak akhirnya menampakkan sesuatu yang tidak sepatutnya. Sebagai gadis tentu perkara itu mendatangkan aib kerana ia membabitkan bahagian peribadi saya, sekarang saya cuma boleh berserah saja,” katanya perlahan”…

    apa kene mengena dengan brooh besar tu yg kat depan tu… dah terang lagi bersuluh yg terdedah tu bahagian sisi… camtu la alasan manusia jahil…

  3. xkan xprasan lngsung?boleh terima ke alasan tu,nk seribu daya dik xnak seribu dalih..kalau dah selalu pakai seksi xkan prasannye baju dia tu seksi ke tidak…emmmm

  4. Sicomel ni kalau leh dia pon tak nak nak jadi camtu jangan terus kutuk tolong beri nasihat kan dia masih remaja apa2 pon jangan ulangi lagi dik miera oii ADIOSSSSSSSSSS

  5. kopek kecik ada hati nak tunjuk. dahlah minah ni aku nampak ngan macam2 jantan. ahahha kecik2 dah murah. besar2 jadi macam apa ntah.

  6. jawapan yg dia bg hny nk mngelak jer.sebenar ny dia dh th dia pakai baju tu akan nmpk sbb tak kn lah dia tak test dan tengok cermin dulu sebelum hadir majlis malam tu..miera jawab nmpak sikit je,skit tu lah menambah kan dosa dan fitnah.kontroversi mmg sudah kebiasaan dalam dunia hiburan..bukan perkataan maaf yg perlu di ungkap tp perubahan dari segi pemakaian patut ubah..saya sebagai seorang perempuan rasa amat malu ape yg dia pakai..semata-mata nak jadi artis paling panas…

  7. publisiti murahan katakan… maybe ade lee nanti producer amik wat filem porno nanti tu… maka lahirlah maria ozawa malaysia…..

  8. jangan lah marah cik miera mcm tu, kita sepatutnyer menyokong dia pakai macam tu…cantik, seksi ape…lantak dia lah nk pakai ape pun, nk bogel ke sebab dosa dia yg tnggung bikan nyer korang semua..

  9. 1. Kawan2 semua, bertenang. Jangan cepat melatah. Masih ramai yang lain yang memakai lebih seksi daripada perempuan ini. Bezanya, mereka tidak masuk tv sahaja. Tidak adil lah jika condemn dia ini sahaja.
    2. At least she’s wearing silicone bra.
    3. I’m sorry I think her tits are too saggy for her age. Makes one wonder if she’s used to not wearing bra.

    Sekian terima kasih.

  10. dunia artis mmg gelap…. sebab 2 x blh nmpk mana yg betul…..mana yg salah…. pakai baju macam org x sekolah…. aku rsa monyet pun tahu tutup kalu dia g sek…. malang sungguh mak ayah budak ni…..

  11. org marah sbb dye org islam.. Boleh ke kalo org islam xikot cara islam.. Agama ape 2…. Bukan pasal xperasan.. Cube ko pakai jubah labuh mcm waheedah 2.. Pkai jubah labuh.. Senangkn.. Lagi org hamak la…tp nk wat cmne kn.. Da gaya artis skarg nh mcm nh.. Kite doakn jelar agar dapat hidayah.. Amin…

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Artis Melaram di Malam Gala Rafflesia 2011

One E and A Juara Band Kampus Suria FM