in ,

Amber Chia Kongsi Tips Kecantikan I Love Beauty

Amber Chia Kongsi Tips Kecantikan Dalam Program I Love Beauty Di TV2

Model terkenal Amber Chia muncul mengacarakan sebuah program majalah wanita terbaru, I Love Beauty disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengisi slot Women On 2 mulai 27 September, setiap Selasa, jam 10.00 pagi menerusi saluran Dunia Ria, TV2. Selain pengacara Amber Chia, artis tempatan Mary dan model Kelly meyertai dalam episod ini.

Menariknya program 13 episod ini dibahagikan kepada tiga segmen dimana setiap episod bakal mengetengahkan topik yang berbeza dan menarik untuk dikongsi bersama. Pastinya ia menyumbang pengetahuan kepada golongan wanita sentiasa mahu tampak cantik dan berseri setiap hari tidak kira di mana berada dan apa pun juga kerjaya yang diceburi.
Usah ketinggalan menyaksikan topik ‘Berkulit Gelap Juga Boleh Berseri-seri’ yang menawarkan khidmat pakar kecantikan, Ching An akan mengajar langkah-langkah yang betul membersihkan sel-sel kulit. Begitu juga jurusolek yang berpengalaman, Sook Yee juga akan membantu dalam proses ini.

program I Love Beauty

Segmen 2 dinamakan 2 Lauk & 1 Tip’s pula menampilkan penerbit berpengalaman, Yoko dan Amber akan menunjukkan cara untuk memasak 2 lauk dan 1 sup dimana ikan kukus halia, pai ayam dan sup ABC adalah menu bagi episod ini. Manakala menerusi segmen 3, temanya adalah ‘Kelihatan Seperti Artis’. Pakar rambut, Mike Loh akan mengubah gaya dan rambut dua orang model menjadi seperti seorang artis. Episod ini diakhiri dengan Mini Fashion Show yang dipersembahkan oleh Amber, Mary dan Kelly.

Kemudiannya menyusul episod mengangkat topik ‘Bulu mata yang Lebat Menawan’ yang mengundang tetamu Stephy dan Agnes. Kemunculan Sam dengan bantuan jurusolek, Eldon pula akan mengajar cara-cara memakai maskara dengan betul. Segmen seterusnya mengetengahkan penerbit berpengalaman, Yoko dan Amber akan menunjukkan cara yang mudah untuk memasak taufu Muar, ubi kentang rebus dan sup sayur kubis. Dalam segmen 3, Mike Loh dan Desmond akan mengubah gaya rambut tetamu undangan dan pakar mutiara, Edward Kong juga dijemput khas untuk membantu dalam segmen 3 ini. Tema kali ini pula ialah ‘Keperibadian Yang Anggun Dan Cantik’. Tetamu undangan juga akan menggayakan mutiara. Setelah gaya mereka diubah, Amber dan dua orang tetamu mempersembahkan mini fesyen.

Penonton yang menyaksikan episod ‘Temu Janji Romantik’ pula berpeluang berkongsi tips dengan pakar kecantikan, Ching An dengan bantuan dua orang jurusolek, Alvin dan Alex akan mengajar cara-cara menyolek yang sesuai bagi mereka yang ada temu janji. Segmen memasak pula mengetengahkan resipi memasak udang, sotong pedas dan nasi pulut ayam yang kini semakin digemari ramai. Mike Loh kemudiannya akan mengajar pelbagai cara untuk mengubah rambut panjang menampilkan ‘Gaya Rambut Temu Janji’.

Kepada golongan wanita yang tidak memiliki banyak masa untuk bersolek, pastikan anda meluangkan masa menyaksikan episod ‘Solekan 5 Minit’ di mana Ching An akan mengajar solekan yang hanya memerlukan masa 5 minit. Malah episod sama turut berkongsi penyediaan makanan cendawan enoki, cendawan bebola ayam, dan sup sayur. Mike Loh pula akan mengajar pelbagai cara untuk mengubah rambut dalam masa 5 minit saja. Ini bersesuaian dengan solekan yang diajar tadi.

Topik yang paling dinantikan pastinya ‘3 Langkah Memutihkan Kulit’ oleh pakar kecantikan, Ching An dengan bantuan jurusolek Alex dan Sook Yee akan mengajar 3 langkah yang senang untuk memutihkan kulit. Yoko dan Amber akan berkongsi cara yang mudah dan cepat untuk memasak 2 lauk dan 1 sup. Resipi episod ini, Brokoli bawang putih, daging lembu lada hijau dan sup lobak putih. Kongsikan juga cara menggubah gaya rambut rambut kerinting semula jadi.

Untuk berkongsi tips kecantikan, resipi kesihatan dan tips penggayaan fesyen menarik dan terkini, pastikan anda meluangkan masa menyaksikan I Love Beauty hanya di TV2.

aMBER cHIA bersama perunding kecantikan jemputan dalam I Love Beauty

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The X Factor 8TV

Jom Balik Raya Di Suria Ubat Gigi Safi & Mydin