in ,

Amira Othman & Nabila Razali Berbuka Puasa Bersama Peminat

Siapa tidak kenal dengan penyanyi lagu “Hati-hati” iaitu Amira Othman dan sahabat baiknya Nabila Razali penyanyi yanh sedang mencipta nama dengan single terbarunya “Cemburu”, komposer oleh Hael Husaini & Ezra Kong. Baru-baru ini, pada 10 Jun 2016 (Jumaat) telah berlangsungnya Majlis Iftar bersama Bella Amira yang bertempat di Disenar Space, Wangsa Maju.

AMIRA OTHMAN x NABILA RAZALI

Majlis ini dianjurkan oleh kelab peminat Amira & Nabila majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu istimewa iaitu Indah Ruhaila yang menjadi kejutan kepada Amira, Nabila dan juga kepada peminat-peminat yang hadir. Beliau merupakan sahabat baik mereka juga sewaktu di Akademi Fantasia 2013 dahulu.

Selepas berbuka puasa & solat maghrib berjemaah aktiviti bersama peminat bermula, tetamu yang hadir telah dihiburkan oleh Nabila, Amira serta Indah sebagai buah tangan kepada peminat yang jauh datang dari Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang ke majlis iftar ini. Selain dari kelab peminat Amira, Nabila majlis ini juga dihadiri oleh sebahagian peminat Real Team Esah (Aisyah Aziz) & Indah Loverfans (Indah Ruhaila), kami berkumpul dalam satu majlis yang begitu meriah. Di kesempatan itu juga, Nabila tidak melepaskan peluang untuk menyerahkan juga CD single terbarunya “Cemburu” kepada pemenang-pemenang pertandingan yang beliau anjurkan di Instagram miliknya tempoh hari.

Alhamdulilah majlis yang telah dirancang berjalan dengan lancar. Terima Kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung & tidak langsung bagi menjayakan majlis ini. Jutaan terima kasih kepada Disenar Space kerana memberi servis ruang yang selesa kepada kami semua. Antara yang terlibat dalam Majlis Iftar bersama Bella & Amira adalah👇

Official Team Amira & Official Bellanisticfans

Disenar Space (Event Space & Katering)

Official Photographer (@redblackphotography)

Dekorasi – fresh flower (@ayusamsudin_decor)

Doorgift (@tasbihmini_yassin)

Button Badges (@tripleamz)

Polaroid Picture (@annepolaroid)

VIP Gift (@kuhanisurprise)

Kentang Sambal (@frozenfood_mifc)

Pavlova & Kek (@pavlovashahalam)

Bunting (@zammad_printing)

Sticker (@lastiprint) & Simple Chalk Art by Aina Syamirah x Hidayah.

TWITTER ;
@teamamiraothman
@bellanisticfans

INSTAGRAM ;
@officialteamamira
@officialbellanisticfans

AMIRA OTHMAN x NABILA RAZALI

AMIRA OTHMAN x NABILA RAZALI

AMIRA OTHMAN x NABILA RAZALI

AMIRA OTHMAN x NABILA RAZALI

AMIRA OTHMAN x NABILA RAZALI

AMIRA OTHMAN x NABILA RAZALI

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pakar Motivasi Prof Izzi Meninggal Dunia

Artis Komik Records Lancar Lagu Raya HARI MULIA