in ,

Arja Lee Nafi Bercinta Dengan Shima Anuar?

Pelakon Arja Lee mengakui dia masih belum bersedia untuk bercinta dengan mana-mana wanita termasuklah menjalinkkan hubungan cinta dengan Shima Anuar seperti yang dilaporkan sebelum ini. Bagaimana pun, pelakon yang kini popular dengan lagu Cerita Pada Mereka ini mengakui pengakuannya sebelum ini adalah ikhlas namun itu tidak bererti mereka adalah pasangan kekasih seperti mana sangkaan sesetengah pihak.

arja-lee-front

Melaporkan kepada portal Mstar Online, Arja Lee mengakui dia suka dengan Shima Anuar kerana pelakon wanita itu seorang wanita yang baik tetapi hubungan mereka masih sekadar kawan. Menurut Arja, dia memerlukan lebih banyak masa untuk memikirkan tentang soal cinta kerana baginya kerjaya adalah keutamaan dia buat masa ini.

Malah kata Arja, dia tidak mahu fokusnya terganggu memandangkan dia mempunyai pelbagai perancangan untuk memastikan namanya bertapak kukuh dalam industri hiburan.

Walaupun jarang bertemu disebabkan terlalu sibuk dengan karier masing-masing, Arja Lee masih lagi berhubung dengan Shima Anuar sekadar untuk bertanyakan khabar.

Baru-baru ini, Budiey dapat khabar persembahan Arja sempena sambutan hari ibu mendapat sambutan daripada peminat. Kini, Arja masih lagi giat dengan aktiviti untuk mempromosi single pertamanya berjudul Cerita Pada Mereka. Setakat ini single pertamanya itu telah terjual sebanyak 300 salinan dalam masa tiga bulan ia dilancarkan.

Sumber: Mstar Online

Arja Lee

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Samsung Hadiah TIket X-Men: Days of Future Past Percuma

Tasha Shilla Sumber Perangsang Han Chen Wong