in , ,

Arill Fesol Kembali Melangkah Dengan Single Terbaharu BERSANGKA

Sebagai pembuka lembaran seninya pada tahun 2021 dan cubaan memacu kembali kerjaya nyanyiannya, Arill bakal muncul dengan single terbaharunya berjudul “BERSANGKA”.

Muhamad Fhazrill Fesol atau nama pentasnya Arill Fesol bukanlah pendatang baru dunia seni suara. Seawal umur 12 tahun, penyanyi ini pernah bersaing di pentas akhir Idola Kecil musim ke-2. Kemudiannya mengembangkan bakat dalam bidang lakonan dengan membintangi drama Misteri Rumah Tua (2010) dan Karlos (2013). Pada tahun 2017, penyanyi muda yang mesra disapa sebagai Arill ini pernah bersaing dalam program 3 Juara sehingga ke peringkat separuh akhir.

Kembali membina kerjaya seninya, Arill menghasilkan single pertama berjudul ‘Pernah’ pada tahun 2019 dan mencuri perhatian peminat menerusi lakonannya dalam drama ‘Hilang Yang Kembali’ yang bersiaran di Slot Samarinda TV3 pada tahun yang sama.

Arill Fesol Kembali Melangkah Dengan Single Terbaharu BERSANGKA

Namun begitu, Arill terpaksa berehat seketika dari dunia seni akibat penularan pandemik COVID-19 yang melanda negara dan dunia pada tahun 2020.

Sebagai pembuka lembaran seninya pada tahun 2021 dan cubaan memacu kembali kerjaya nyanyiannya, Arill bakal muncul dengan single terbaharunya berjudul “BERSANGKA”.

Lagu ciptaan Laq dan lirik ditulis oleh Laq bersama Wan ini diberikan susunan muzik indah oleh komposer terkenal Zimi Sofazr. Menyifatkan single keduanya ini adalah percubaannya dalam membina nama  dalam industri muzik, Arill berkata, 

Baru sahaja buat kemunculan semula pada tahun 2019. Namun akibat penularan pandemik COVID-19 pada tahun lepas, tidak banyak kegiatan seni yang boleh saya lakukan sekali gus membantut usaha saya dalam membina semula nama saya dalam industri muzik Malaysia.

Saya berterima kasih kepada Warner Music atas peluang untuk merakamkan lagu “BERSANGKA” ini.  Menerusi lagu ini saya berharap ianya dapat mengetengahkan semula bakat saya kepada peminat seni dan pendengar muzik tempatan.”

Harapan saya agar lagu ini akan diterima baik oleh pendengar muzik di luar sana. Mudah-mudahan lagu ini mampu memeriahkan lagi industri muzik Malaysia dalam masa-masa sukar seperti ini,”

– Arill Fesol

Penyanyi berusia 22 tahun yang turut bergelar kru kabin AirAsia setelah selesai menjalani latihan pada Julai tahun lalu.

Single “BERSANGKA” terbitan Permata Muzik Records dan edaran Warner Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 29 JANUARI 2021.

Arill Fesol Kembali Melangkah Dengan Single Terbaharu BERSANGKA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Neelofa Turut Memasuki Arena Dompet Digital Melalui TheNoor Pay

Usop Kembali dengan Lagu LENYAP Hasil Ciptaan Komposer Terkemuka Negara