in , , ,

Neelofa Turut Memasuki Arena Dompet Digital Melalui TheNoor Pay

Aplikasi TheNoor telah pun dilancarkan secara rasminya semalam, menawarkan ciri-ciri gaya hidup muslim melaluinya. Menariknya, selain hanya terhad kepada penawaran info berkaitan gaya hidup muslim, aplikasi TheNoor juga akan menawarkan ciri pembayaran nirtunai melalui TheNoor Pay.

Dilaporkan oleh RnggtTheNoor Pay kini sedang menantikan pengesahan pihak Bank Negara Malaysia untuk operasi kewangan terlebih dahulu. Selepas pengesahan, TheNoor Pay akan menawarkan kemudahan untuk pembelian secara atas-talian, selain pembelian di kedai fizikal.

Di samping itu, dompet digital ini juga akan memudahkan pengguna melakukan pembayaran zakat, tabarru’, dan wasiat secara terus pada TheNoor.

Neelofa Turut Memasuki Arena Dompet Digital Melalui Thenoor Pay

Membezakan ia dengan beberapa dompet digital lain adalah dimana TheNoor Pay akan turut menawarkan kemudahan untuk pengguna mendapatkan kad fizikal – sekaligus menggunakannya dalam pembayaran secara luar-talian di kedai fizikal tanpa perlu mengimbas kod QR, atau untuk digunakan di luar negara kelak.

Buat masa ini, tiada sebarang tarikh diberikan untuk pelancaran TheNoor Pay ini. Aplikasi TheNoor ditawarkan untuk pengguna iPhone buat masa ini, dan bakal menyusul untuk pengguna Android.

Neelofa Turut Memasuki Arena Dompet Digital Melalui Thenoor Pay

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ben Affleck | 15

Filem ZACK SNYDER’S JUSTICE LEAGUE Bakal Ditayangkan di HBO Go Pada 18 Mac Ini

Arill Fesol | 16

Arill Fesol Kembali Melangkah Dengan Single Terbaharu BERSANGKA