in , ,

Usop Kembali dengan Lagu LENYAP Hasil Ciptaan Komposer Terkemuka Negara

Naib Juara Big Stage 2020, Usop Telah Muncul Mempertaruhkan Single Terbaharu Yang Penuh Emosi Dengan Gaya Lebih Suave

Naib Juara Big Stage 2020, anak muda berbakat besar asal Kulim, Kedah dan sering menjadi perhatian kerana sikapnya yang selamba dan adakalanya mencuit hati, Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor atau lebih terkenal dengan panggilan Usop kembali mempertaruhkan single terbaharu yang padat dengan emosi dan pasti meruntun jiwa dengan gaya yang lebih suave berjudul ‘Lenyap’. Lagu yang dicipta khas ini adalah kerjasama di antara komposer-komposer terkemuka negara seperti Ja’a, Romal, Karim Karam dan Mike Chan, dan diterbitkan oleh Rocketfuel Entertainment bersama-sama Universal Music Malaysia dengan Faithful Music.

usop

Bercerita mengenai single terbaharunya, Usop berkata, 

“Lagu ini menceritakan tentang kisah seseorang yang kehilangan cintanya dan berada di dalam dilema, sama ada perlu berserah atau terus memperjuangkannya, dan akhirnya dia sedar bahawa dia tidak mampu merubah apa-apa dan terpaksa redha akan takdir yang menimpa dirinya.”

Lenyap yang lebih kepada genre balada pop merupakan sekuel kepada 2 lagu saya yang terdahulu iaitu Aku Yang Bersalah dan Selamanya.

“Agak lama untuk lagu ini disiapkan kerana pada ketika itu saya sedang sibuk dengan pertandingan Big Stage 2020 dan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sedang dilaksanakan.”

“Lenyap dirakamkan di studio Faizal Tahir ketika PKPB dan pihak pengurusan Rocketfuel Entertainment yang bertanggungjawab menyusun segala jadual saya dan menyediakan surat kebenaran agar proses rakaman dapat disempurnakan, walaupun penat dengan sesi latihan Big Stage 2020 kami berjaya melakukannya akhirnya.

“Saya rasa amat bertuah dapat bekerjasama dengan komposer-komposer hebat tanah air kerana senang bekerja dengan mereka, dan banyak ilmu yang saya timba ketika sesi rakaman dijalankan.

– Usop
Usop Kembali dengan Lagu LENYAP Hasil Ciptaan Komposer Terkemuka Negara

Sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalam Peregerakan (PKP) oleh kerajaan, kebanyakan aktiviti seni tidak dapat dijalankan, Usop bercerita, 

Saya lebih banyak menghabiskan masa di kampung bersama keluarga dengan membantu mereka menguruskan perniagaan nasi kandar kami.”

“Selain itu, saya juga turut menggunakan masa yang ada ketika PKP dengan membuat cover video atas permintaan peminat-peminat saya.

Bagi single kali ini, Usop tampak sedikit dewasa dengan imej suave yang ditampilkannya, dan peminat berpeluang menyaksikannya menerusi video muzik ‘Lenyap’.

“Jalan cerita video muzik ‘Lenyap’ mengisahkan tentang seorang jejaka yang masih belum dapat move on walaupun sudah 5 tahun kehilangan kekasihnya, dan proses penggambaran agak mencabar kerana ia dilakukan sewaktu musim hujan baru-baru ini.

Menurut Encik FerosKetua Label Rocketfuel Entertainment,

“Buat pertama kalinya kami sangat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Universal Music Malaysia dan juga Faithful Music kerana segala perancangan berjaya membuahkan hasil yang berkualiti dan semuanya berjalan dengan begitu lancar sekali.”

“Usop merupakan artis naungan kami yang mempunyai potensi besar, walaupun usianya masih muda, dedikasi dan kerja keras yang ditunjukkannya membuktikan dia mahu pergi jauh dalam bidang ini dan saya harap pendengar dapat menerima lagu terbaru beliau.

Usop berharap, “Semoga Lenyap mendapat tempat di hati semua para pendengar dan peminat muzik tanah air, dan terimalah buah tangan terbaru daripada saya dengan hati yang terbuka.”

“Saya juga menyeru agar kita semua terus patuh terhadap SOP yang ditetapkan kerajaan dan sama-sama kita lawan wabak COVID-19 ini.

Encik Feros

Lagu ‘Lenyap’ boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer. Manakala video muzik lagu ‘Lenyap’ ini juga boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.

Usop Kembali dengan Lagu LENYAP Hasil Ciptaan Komposer Terkemuka Negara

LIRIK LAGU LENYAP

Written by: Ja’a (Faithful Music Publishing), Romal (Faithful Music Publishing), Karim Karam (Faithful Music Publishing), Mike Chan (Faithful Music Publishing)

Produced by: Ja’a & Mike Chan

Verse 1 : 

Andai ku bisa memahami

Sudah semuanya berakhir

Teruskan melangkah

atau mungkin berserah

Oh sakit sakit sakit untuk ku lupa

Chorus :

Dan musnah sudah semua

Tak mungkin dapat ku ulang

Segala apa di antara kisah cinta kita

Telah lenyap bagiku

Verse 2 :

Kini sendiri ku harungi

Separuh nyawaku telah pergi

Teruskan melangkah 

atau mungkin berserah

Oh sakit sakit sakit untuk ku lupa

Chorus :

Dan musnah sudah semua

Tak mungkin dapat ku ulang

Segala apa di antara kisah cinta kita

Telah lenyap bagiku

Bridge :

Cukup cukup lah sudah

Cukup cukup lah bagi ku

Walau tak sempurna

Masih ku bernyawa

Chorus :

Dan musnah sudah semua

Tak mungkin dapat ku ulang

Segala apa di antara kisah cinta kita

Telah lenyap bagiku

Segala apa di antara kisah cinta kita

Telah lenyap bagiku

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Arill Fesol Kembali Melangkah Dengan Single Terbaharu BERSANGKA

Ayu Damit Impikan PERMATA Bakal Bersinar Kembali Meriahkan Industri Hiburan