in , , , ,

Apple Umum Tarikh Pelancaran iPhone 12 pada 14 Oktober dengan Slogan ‘Hi, Speed’

Apple hari ini mengumumkan mereka akan mengadakan sebuah acara pada 13 Oktober (14 Oktober mengikut waktu Malaysia). Apple menggunakan slogan “Hi, Speed” bersama-sama dengannya, sekaligus memberikan petanda iPhone 12 bakal diperkenalkan pada tarikh berkenaan.

Berita baik bagi anda yang menantikan pengumuman dari Apple tentang pelancaran iPhone 12. Apple kini telah mengumumkan tarikh sebuah acara pelancaran pada 13 Oktober 2020 10AM (PDT) bersamaan dengan 14 Oktober 2020 1AM (waktu Malaysia). Setelah pelbagai desas-desus mengenainya, sudah pasti tumpuan utama pada acara yang akan berlangsung minggu hadapan ini adalah barisan iPhone 12 yang dinantikan oleh semua peminat Apple.

Acara pengumuman ini akan diadakan secara atas-talian sepenuhnya, dan distrim seperti biasa melalui sejumlah saluran oleh Apple.

Dalam pada itu, pengguna iPhone dan iPad juga boleh mencuba AR tersembunyi ini. Caranya adalah dengan tap pada imej acara di laman Apple dan AR tersebut akan dibuka secara automatik.

Dalam pada itu, pengguna iPhone dan iPad juga boleh mencuba AR tersembunyi ini. Caranya adalah dengan tap pada imej acara di laman Apple dan AR tersebut akan dibuka secara automatik.

Cukup menarik, Apple telah memasukkan frasa “Hai, Speed” di dalam nota yang telah dikirimkan kepada para media mengenai acara khas tersebut. Berdasarkan maklumat yang kami dengar selama beberapa bulan terakhir, frasa tersebut mungkin merujuk kepada penyambungan 5G, paparan 120Hz, atau pemproses baru.

Untuk pengetahuan anda, setakat ini siri iPhone 12 diyakini akan dilancar dengan empat model dan bakal menggunakan cip pemprosesan terpantas mereka, iaitu cip A14.. Barisan empat model ini adalah iPhone 12 mini (5.4 inci), iPhone 12 (6.1 inci), iPhone 12 Pro (6.1 inci) dan iPhone 12 Pro Max (6.7 inci).

Dalam pada itu, pengguna iPhone dan iPad juga boleh mencuba AR tersembunyi ini. Caranya adalah dengan tap pada imej acara di laman Apple dan AR tersebut akan dibuka secara automatik.

Berdasarkan pengumuman dari Apple, terdapat paparan slogan ‘Hi, Speed’. Sepertinya, Apple mengetengahkan konsep kelajuan pada siri iPhone 12 (mungkin 120Hz, kepantasan cip A14 Bionic atau spesifikasi sokongan 5G).

Selain pelbagai pilihan saiz, Apple juga dijangka memfokuskan kepada sokongan kamera, dan mungkin menyertakan sensor LiDAR pada iPhone paling premium mereka.

Pada acara ini, mungkin terdapat juga produk lain seperti AirTags, fon kepala AirPods Studio, HomePod dan beberapa produk lagi.

Sama-sama kita nantikan 14 Oktober ini untuk melihat kejutan yang disediakan oleh pihak Apple melalui iPhone terbaru mereka.

Sehubungan dengan pelancaran iPhone 12 ini, keluaran iPhone lain seperti iPhone 11 dijangka akan mengalami kejatuhan harga yang mendadak.

Dalam pada itu, pengguna iPhone dan iPad juga boleh mencuba AR tersembunyi ini. Caranya adalah dengan tap pada imej acara di laman Apple dan AR tersebut akan dibuka secara automatik.
Dalam pada itu, pengguna iPhone dan iPad juga boleh mencuba AR tersembunyi ini. Caranya adalah dengan tap pada imej acara di laman Apple dan AR tersebut akan dibuka secara automatik.
Dalam pada itu, pengguna iPhone dan iPad juga boleh mencuba AR tersembunyi ini. Caranya adalah dengan tap pada imej acara di laman Apple dan AR tersebut akan dibuka secara automatik.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Hiasan

Ramai Lega Macau Scam Tumpas! 750 Akaun Dibeku SPRM, Rumah & Kereta Mewah Disita

“Dia Curang Bukan Dengan Seorang, Tapi Dua Lelaki” – Suami Nadia Brian