in , ,

Wani Kayrie Buka Mata Pendengar Dalam JANGAN TERLEPAS PANDANG

Ahli Terbaharu Rocketfuel Entertainment Nekad Perjuangkan Kerjaya Seninya Dengan Kelahiran Single Pertama

Penyanyi, pelakon serta pengacara muda berbakat besar yang telah berkecimpung dalam industri seni tanah air sedekad lamanya dan merupakan juara program pertandingan nyanyian Kamilah Bintang pada tahun 2010, Syazwani Abdullah atau lebih terkenal dengan nama pentasnya Wani Kayrie tampil dengan single pertama di bawah naungan Rocketfuel Entertainment berjudul ‘Jangan Terlepas Pandang’ hasil ciptaan komposer terkenal negara, MFMF dan Asyraf Nasir.

“Akhirnya penantian menghasilkan single bersama Rocketfuel tercapai jua. Syukur dan setinggi-tinggi terima kasih saya ucapkan kerana diberikan peluang menjadi sebahagian daripada keluarga besar Rocketfuel sekaligus tampil dengan lagu baru,” katanya.

Wani yang pernah mengharumkan nama negara sewaktu bertanding di World Championship of Performing Arts (WCOPA) pada tahun 2012 di Hollywood, California, Amerika Syarikat dengan memenangi 1 pingat emas, 2 pingat perak, 1 pingat gangsa serta Hollywood Industry Award, sememangnya seorang penyanyi yang kental dan tidak kenal erti kalah.

“Mungkin masih ramai di luar sana yang kurang mengenali nama Wani Kayrie, namun sebagai anak seni itu sedikitpun tidak mematahkan semangat saya dalam meneruskan kerjaya yang saya cintai ini.

Jangan Terlepas Pandang adalah suara hati saya. Setelah lebih dari 10 tahun bergiat aktif dalam bidang seni tanah air, saya lebih matang dalam berpendirian. Mungkin kehadiran saya sebagai penyanyi tidak mendapat pengiktirafan sebanyak yang diinginkan. Namun, saya masih lagi berharap untuk menjadi bintang utama dan tak dilepas pandang,” katanya.

Single bergenre pop dansa ini adalah gabungan idea kreatif di antara komposer MFMF dan juga Asyraf Nasir yang mahukan kelainan buat Wani agar keluar dari zon selesanya dan tampil dengan sesuatu yang baharu.

Terang MFMF, “Apa yang kami cuba sampaikan melalui lagu ini kepada pendengar adalah sebuah kenyataan bahawasanya masa Wani untuk menyinar telah tiba. Ia menceritakan tentang semangat beliau dalam menonjolkan bakat dan kemampuan dirinya, serta bagaimana beliau mengatasi rintangan yang dihadapi apabila merasa tewas. 

“Selain itu, mesej yang terdapat dalam lagu ini juga adalah sebagai pembakar semangat bagi setiap individu di luar sana yang ingin membuktikan diri mereka kepada semua orang bahawa mereka mampu mencapai lebih daripada apa yang disangkakan jika sentiasa bekerja keras dan tak berputus asa.

Pemenang tempat keempat pertandingan realiti TV Big Stage 2018 serta Dansa Dan Sing 2020 yang mengidolakan penyanyi antarabangsa seperti Beyonce, Jessie dan Agnez Mo ini percaya bahawa sebagai penyanyi wanita seseorang perlu ada sifat kendiri dan semangat juang seperti yang ditonjolkan oleh penyanyi-penyanyi hebat ini.

“Saya kagum dengan mereka dan menjadikan mereka sebagai inspirasi saya kerana semangat women’s empowerment yang dipamerkan setiap kali beraksi di pentas. Mereka buka sahaja penyanyi bahkan penghibur serba boleh dan sentiasa memberikan yang terbaik setiap kali membuat persembahan dengan idea di luar kotak.

“Ibu saya iaitu Mama Kay merupakan pendorong utama dalam kerjaya seni saya. Saya kagum dengan semangat mama sebagai seorang wanita yang cekal kerana terlalu banyak pengorbanan yang telah mama lakukan demi kerjaya saya,” katanya.

Jtpcoverart11Fa Copy

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berlangsung di seluruh negara sedikit sebanyak telah memberi kesan terhadap proses rakaman yang sepatutnya dijalankan di studio MFMF.

Terang MFMF lagi, “Kami terpaksa melakukan kerja-kerja penggubahan lagu Jangan Terlepas Pandang secara online kerana negara masih lagi berada dalam tempoh PKP. Proses rakaman juga terpaksa dikendalikan tanpa bersemuka dengan pihak artis dan label. 

“Walaupun proses rakaman secara online ini merupakan pengalaman baru buat Wani, ini tidak menjejaskan persembahan serta mutu vokal beliau. Kami amat bersyukur diatas pertolongan dan sokongan daripada pihak Rocketfuel dan juga sifat profesionalisme Wani dalam memastikan seluruh proses rakaman berjalan dengan lancar dan dalam masa yang singkat.

Menurut Encik Jipie, Ketua Label & Penerbitan Rocketfuel Entertainment, “Wani adalah seorang artis muda yang berpengalaman. Bakatnya yang telah digilap sejak dari kecil banyak memberi impak terhadap mutu nyanyian dan persembahan vokalnya.

“Semoga dengan pelancaran single ini dapat melonjakkan lagi nama Wani Kayrie dan membuka mata semua orang yang mendengarnya.

Wani menambah, “Saya berharap agar single Jangan Terlepas Pandang ini dapat diterima ramai. Dan buat sesiapa yang mendengarnya, percaya dengan kebolehan diri sendiri dan jangan takut mencuba perkara baru dalam hidup, jangan mudah berputus asa dan jangan jadikan kritikan orang luar dalam menjatuhkan kredibiliti kita.”

Lagu ‘Jangan Terlepas Pandang’ boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi kesemua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer, manakala video muzik (MV) single ini pula boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.

LIRIK JANGAN TERLEPAS PANDANG

Artis : Wani Kayrie

Penulis Lirik : Brendan Lim Seng Meng, Seow Seng Tack, Wee Zhen Yong & Asyraf Nasir

Komposer : Brendan Lim Seng Meng, Seow Seng Tack, Wee Zhen Yong & Asyraf Nasir

Terbitan : Rocketfuel Records, Warner Chappell Music & Universal Music Publishing

(Intro)

Pada waktu dulu aku berserah

Walaupun sekelilingku tak sedar

Malah ku tak peduli

Masih lagi di sini

Semua pasti terjadi

Jangan terlepas pandang

(Verse)

Sampai bila harus ku menunggu lagi

Sungguh nyata bukan mudah tuk mengubah persepsi

I’m gonna be who I wanna be

Nak senang bukan sehari 

Sila ambil perhatian

I’m making history

(Pre-chorus)

Ternyata aku juga pernah buat salah

Berkali-kali aku dibelakangi tetapi

Aku tidak peduli

Masih lagi di sini

Semua pasti terjadi

Jangan terlepas pandang

(Rap verse)

Perjalanan tiada henti

Sudah lama ku menanti

To the top yeah, itu pasti

Angan-angan mampu jadi realiti

Aku, kamu, kita, kami bintang

Laku, laju, pasti, takkan hilang

Hidupku warna WANI

Buat sepenuh hati

(Bridge)

Ku, tahu

Jauh mana tak lupa mana asalku

Janji pada mama

Reach for the stars

Near or far

Aha!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rozita Che Wan Che Ta | 16

“Agak-Agaklah,” Rozita Che Wan Tolak Tawaran Berlakon Watak Ibu Kepada Remy Ishak

Tim Cook Apple | 17

Apple Kini Merampas Kembali Takhta Syarikat Paling Bernilai Di Dunia Daripada Microsoft